PERSEDIAAN menjelang musim baharu Malaysian Premier Futsal League (MPFL) kini sedang rancak dilakukan oleh pasukan-pasukan bertanding untuk kekalkan kualiti mereka.
Dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) telah mendapatkan pemain import dari Selangor TOT United, Helio Neto. Juara musim lalu, Pahang Rangers turut menguatkan barisan mereka dengan merekrut pemain import.
Juara berganda MPFL dan Piala Futsal Malaysia (MFC) tersebut telah mendapatkan pemain import baharu iaitu Felipe de Souza dari Brazil.
Souza yang berusia 32 tahun itu meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Riyadh selepas berjaya membantu mereka memenangi Saudi Games.
Selain itu, Souza turut membantu kelab tersebut muncul naib juara Piala SAFF sebelum memilih untuk menguatkan cabaran Pahang Rangers.
Untuk rekod, Souza sebelum ini merupakan pemain bola sepak profesional dengan dia pernah beraksi di Malaysia bersama-sama Melaka United FC pada 2017.
BACA LAGI: Dalam diam, Daud Bakar berjaya tarik jenama makanan tersohor ke Darul Aman
Souza beraksi untuk Melaka United pada 2017. — Facebook/MUSA
Dia bertukar 'angin' daripada bermain bola sepak kepada futsal pada 2018.
"Pivot dari Brazil ini menjadi rekrut terbaharu skuad sekali gus melengkapkan kuota pemain import Pahang Rangers bagi musim 2024.
"Pemain tinggi lampai berusia 32 tahun ini beralih ke futsal pada 2018 (dengan) memulakan transisi bersama Santo Andre Intelli di Brazil dan kini menyertai Pahang Rangers setelah membantu Al-Riyadh menjuarai Saudi Games serta muncul naib juara Piala SAFF," kata Pahang Rangers dalam kenyataan mereka.
BACA LAGI: 'Semoga Malaysia kalah', ekor Garuda doa HM jadi mangsa 'lauk' Bahrain
Bagi yang kurang fasih dengan posisi futsal, pivot adalah sama dengan pemain tengah bertahan dalam bola sepak.
Dengan kualiti yang ada pada Souza, Pahang Rangers mampu untuk menguatkan lagi pasukan dalam misi mempertahankan kejuaraan musim ini.
Sudah pasti, cabaran daripada pasukan seperti JDT dan Selangor FC akan membuatkan Pahang Rangers tidak senang duduk dan musim MPFL 2024 dijangka akan menjadi lebih menarik.
Ketika bersama Melaka United, Souza beraksi sebagai pemain tengah menyerang untuk skuad Hang Tuah itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram