PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kata-kata azimat buat skuad bola sepak negara yang bakal turun bertemu Bahrain dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Asia pada Sabtu.
Menerusi satu hantaran ringkas di laman X, beliau menyeru pemain agar menunjukkan kebangkitan dalam aksi yang bakal menjadi penentuan buat Harimau Malaya pada kempen kejohanan kali ini.
"Perlawanan kedua hari ini (Sabtu). Bangkitlah Harimau Malaya, dukungan rakyat sentiasa bersama kalian. Ayuh semua!" ujarnya.
Perlawanan kedua hari ini.
Bangkitlah Harimau Malaya, dukungan rakyat sentiasa bersama kalian. Ayuh semua! #MalaysiaMADANI#PialaAsia pic.twitter.com/3kAsemlq7X
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 20, 2024
Kemenangan ketika menentang Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E pada Sabtu bakal menghidupkan kembali peluang buat anak buah Kim Pan-gon untuk mara ke peringkat kalah mati.
Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bakal menyaksikan Harimau Malaya berdepan jaguh Asia, Korea Selatan pada 25 Januari ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram