[VIDEO] Lepas dikecewakan HM, beregu negara pula tewas Terbuka India angkara kena smash 'keras' lawan


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Perjuangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam Terbuka India berakhir di separuh akhir. — Facebook/BAM

KEMARAAN beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Kejohanan Badminton Super 750 Terbuka India terhenti setakat aksi separuh akhir yang berlangsung, di Stadium Tertutup K.D Jadhav di New Delhi, India pada Sabtu.

Pukulan keras dari pemain lawan yang terkena mata kiri pemain badminton negara, Aaron dalam perlawanan set kedua menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dikatakan antara faktor mereka kehilangan momentum sebelum tunduk 18-21, 14-21 kepada tuan rumah.

Sejurus terkena pukulan bulu tangkis tersebut sehingga mengakibatkan mata kirinya cedera, Aaron dilihat segera pergi ke tepi gelanggang untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Sebelum insiden itu, kedua-dua beregu berkenaan beraksi cemerlang dalam perlawanan yang sengit dengan hanya beberapa mata memisahkan mereka dari awal.

Aaron yang kecewa dengan kekalahan tersebut enggan menyalahkan kecederaannya dan sebaliknya kurang berpuas hati dengan cara permainan mereka di pusingan kedua.

BACA LAGI: Belum sempat main di Terbuka India, beregu badminton negara ‘diusir’ pulang ke Malaysia

WhatsApp Image 2024-01-21 at 10.44.51

Aaron ketika menahan kesakitan akibat pukulan kuat pemain dari India.

BACA LAGI: [VIDEO] Gelanggang sering koyak bikin fans badminton Indonesia risau saksikan Terbuka Malaysia 2024

"Saya kecewa menamatkan perlawanan dengan cara ini. Saya tidak akan menyalahkan keadaan mata saya sepenuhnya walaupun ia memberi kesan kepada kami secara kecil.

"Kami bermula dengan agak baik pada perlawanan pertama tetapi kami tidak bermain menggunakan kelebihan kami pada perlawanan kedu, Itulah sebab kekalahan,” katanya memetik temu bual bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam perkembangan berbeza, pengendali mereka, Tan Bin Shen berkongsi bahawa penglihatan Aaron menjadi kabur seketika apabila terkena pukulan bulu tangkis tersebut.

"Terdapat kesakitan di mata Aaron apabila bulu tangkis terkena dia dan ia menjadi kabur untuknya seketika. Dia baik sekarang,” kongsinya.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut bekas juara dunia Aaron-Wooi Yik kepada India dalam 11 pertemuan.

Satwiksairaj-Chirag akan menentang penyandang juara dunia, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae dari Korea Selatan dalam perlawanan merebut kejuaraan pada Ahad.

Dalam perseorangan lelaki, Lee Cheuk Yiu, dibimbing oleh Wong Choong Hann dari Malaysia berhasil mara ke final selepas menewaskan Kodai Naraoka dari Jepun 21-13, 15-21, 21-19 dan akan menentang pemain China, Shi Yuqi.

Kekalahan beregu negara itu menambah kekecewaan penyokong sukan tanah air selepas skuad bola sepak kebangsaan tewas 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua mereka pada saingan Piala Asia 2023. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram