[VIDEO] Gelanggang sering koyak bikin fans badminton Indonesia risau saksikan Terbuka Malaysia 2024


  • Podium
  • Jumaat, 01 Dis 2023

Kualiti karpet yang kurang memberangsangkan dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan serius terhadap pemain yang beraksi di Terbuka Malaysia 2024 Januari depan.

PEMINAT badminton di Indonesia menyuarakan kegusaran mereka menjelang aksi Terbuka Petronas Malaysia yang bakal diadakan pada 9 hingga 14 Januari depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Dalam hantaran pengguna Facebook Sekar Sari, sebuah video kompilasi memparkan insiden melibatkan pemain sering tergelincir ketika perlawanan sedang berlangsung.

Kejadian berlaku apabila karpet di luar gelanggang tidak dipasang dengan baik sehingga menyebabkan atlet tergelincir ketika sedang mengejar bulu tangkis.

Situasi berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan serius sekiranya tidak diberikan perhatian dengan wakil dari Jepun, Yuta Watanabe pernah mengalaminya ketika aksi Perodua Malaysia Masters tahun lalu.

Tidak cukup dengan itu, atlet dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo juga pernah berdepan nasib sama, namun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hantaran berkenaan jelas menyebabkan perdebatan hangat antara peminat badminton kedua-dua negara apabila masing-masing cuba menegakkan pendirian tersendiri.

Terbuka Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi dijangka akan mengumpulkan pemain ternama yang mahu memulakan musim 2024 dengan langkah kanan.

Ia dapat disaksikan apabila edisi tahun lalu menyaksikan jaguh badminton Denmark, Viktor Axelsen muncul juara perseorangan lelaki.

Sementara itu, kategori perseorangan wanita pula diungguli pemain no 3 dunia, Akane Yamaguchi yang berjaya menundukkan lawannya dari Korea Selatan, An Se Young.

Jadi, penganjuran Terbuka Malaysia diharapkan mampu ditambah baik dengan perkongsian peminat di Facebook tersebut tidak wajar dipandang sebelah mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram