[VIDEO] Hanya ledak 3 gol dan 3 assist, dengarnya JDT jumpa pengganti tak segempak Fernando Forestieri


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Ramirez beraksi cemerlang ketika mewakili Club Nacional dan membantu pasukan itu mengecapi dua trofi domestik. — Agensi

ADAKAH pihak pengurusan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah menjumpai pengganti Fernando Forestieri apabila dikhabarkan pemain sayap Uruguay akan menyertai era baharu transformasi Harimau Selatan untuk saingan Liga Super musim depan.

Pemain yang menjadi bualan ramai itu adalah Kevin Ramirez kini masih ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Uruguay, Defensor Sporting Club pada awal Januari lalu.

Musim lalu, prestasi Ramirez tidak berada dalam keadaan yang terbaik apabila hanya menjaringkan tiga gol dan tiga 'assist' dalam 13 perlawanan bersama Defensor Sporting Club.

Namun begitu, pemain berusia 29 tahun itu mempunyai teknik larian yang baik dan mampu menghidu peluang untuk menjaringkan gol.

Walaupun berketinggian 1.79 meter, Ramirez juga mampu menghasilkan jaringan menerusi tandukan jika bola tepat dihantar kepadanya.

BACA LAGI: Tak cari sushi, Luqman Hakim masih ingat asal usul di Jepun

Ramirez

Ramirez musim lalu beraksi bersama Defensor Sporting Club.

Musim terbaik Ramirez ialah ketika mewakili Club Nacional selama tiga musim bermula 2015/16 apabila tampil dalam 80 perlawanan dengan 13 jaringan dan 11 'assist' sepanjang empat musim berada di kelab itu.

Jika JDT merupakan destinasi baharu Ramirez, ia bakal menjadi pengalaman pertama dia beraksi di Asia dan bakal memberi tekanan buatnya untuk mengadaptasi dengan suasana serta budaya Liga Malaysia.

Tetapi ini bukanlah kali pertama Ramirez berkelana ke luar negara apabila pernah beraksi di Liga Colombia, Mexico dan Argentina selain daripada negara kelahirannya itu.

Sepanjang karier bergelar pemain bola sepak profesional, Ramirez menjuarai dua trofi bersama Club Nacional pada musim 2015/16 dan 2018/19.

BACA LAGI: Peluang Harimau Malaya curi mata? Bintang Korea Selatan cedera ACL semasa latihan

Sebelum ini, Forestieri menjadi pemain terbaharu yang meninggalkan JDT selepas pihak pengurusan Harimau Selatan melakukan penstrukturan semula kewangan pada musim depan.

Forestieri yang sempat bersama skuad Harimau Selatan itu selama dua musim sejak 2022, antara watak penting yang membantu pasukan mengecapi kejayaan 'double quadraple' dengan menghasilkan 47 jaringan menerusi 69 penampilan bersama JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram