PELUANG Harimau Malaya untuk mengutip sekurang-kurang satu mata menentang Korea Selatan dilihat semakin cerah apabila difahamkan penjaga gol utama pasukan itu mengalami kecederaan lutut yang serius.
Perkara itu dikongsikan oleh wartawan Korea Selatan, Steve Han menerusi laman aplikasi X yang menyatakan Kim Seung-gyu mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) semasa latihan pasukan baru-baru ini.
Selain itu, beberapa bintang lain seperti Lee Kang-in, Hwang Hee-chan, Kim Jin-su masih belum berada di tahap terbaik untuk turun beraksi menentang Jordan pada Sabtu.
Untuk info, Lee Kang-in dan Hwang Hee-chan beraksi di Eropah bersama Paris Saint-Germain FC dan Wolverhampton Wanderers dan menjadi pilihan utama pasukan masing-masing.
BACA LAGI: Tak cari sushi, Luqman Hakim masih ingat asal usul di Jepun
GK Korea Selatan kena ACL semasa latihan. https://t.co/JS5uytwWus
— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) January 19, 2024
Untuk rekod, Korea Selatan berjaya mengutip tiga mata penuh apabila mudah menewaskan Bahrain dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Hwang In-beom dan Lee Kang-in untuk menerajui Kumpulan E.
Manakala Malaysia harus mencuri mata ketika menentang Bahrain jika mahu layak ke pusingan 16 sekali gus mencipta sejarah baharu Harimau Malaya dalam Piala Asia.
Khabar berita mengenai kecederaan penjaga gol itu memberikan kegembiraan buat penyokong Harimau Malaya apabila mereka menjangka Jo Hyeon-woo yang pernah dibolosi Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal diturunkan.
"Nampak gaya penjaga gol (GK) yang dah bolos tujuh kali dengan JDT, Jo Hyeon-woo mungkin akan main lawan Malaysia nanti."
Malaysia yang belum mengutip sebarang mata berada di tangga terakhir bersama Bahrain manakala Jordan dan Korea Selatan mengutip tiga mata.
Skuad kendalian Kim Pan-gon akan berdepan Bahrain pada Sabtu sebelum bertemu Korea Selatan pada 25 Januari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram