PENYERANG negara yang kini berpangkalan di Jepun, Luqman Hakim Shamsudin ditemani rakan sepasukannya sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan makanan di Jepun, lapor Stadium Astro.
Tular satu gambar dari perkongsian rakan sepasukannya, Yutaro Yoshino di laman aplikasi X memaparkan Luqman sedang menikmati juadah nasi briyani di salah satu restoran India di Yokohama, Jepun.
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas pemain kelab Itali antara 3 bintang Piala Asia jadi tumpuan pasukan Liga Super
ルクマン!あだ名はルッキー。
自分の英語がカタコトですが、頑張って聞き取ってくれるナイスガイです。
全力でサポートしていきます!@luqmansham10 pic.twitter.com/nFXfMq2bIO
— 吉野 裕太郎 (@yutaroyoshino) January 18, 2024
Walaupun nasi briyani masih menjadi pilihan Luqman dan bukannya makanan tradisional Jepun seperti sushi dan sebagainya, mungkin itu adalah antara juadah yang boleh membuatkannya rasa dekat dengan kampung halaman.
Mungkin tidak lama lagi, kita boleh dengarkan Luqman mampu bertutur dalam bahasa Jepun selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Luqman bakal beraksi bersama kelab Jepun divisyen tiga, YSCC Yokohama selepas dipinjamkan daripada KV Kortrijk selama setahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram