HOSSEIN Vafaei enggan berjabat tangan dengan Mark Williams selepas tewas 4-1 kepada pemain Wales itu dalam kejohanan Grand Prix Dunia.
Insiden tersebut berlaku selepas Williams berjaya menewaskan Vafaei dalam perlawanan snuker yang diadakan di Leicester.
Perlawanan tersebut dianggap mencetuskan drama selepas pemain kelahiran Iran itu enggan bersalaman dengan Williams pada penghujung aksi sebelum meluru keluar.
Tangkap layar kedua-dua pemain snuker tersebut.
Terdapat insiden pelik yang berlaku sebelum pertembungan tersebut yang mana wujud perselisihan faham antara kedua-dua pemain snuker itu.
Difahamkan, Vafaei hanya menampar bahagian kakinya sendiri namun Williams menganggap bahawa lawannya itu tidak berpuas hati dengannya.
Dalam video tersebut, kedua-dua mereka meluru keluar selepas tamat perlawanan itu tanpa bersalaman yang membuatkan para peminat membuat sorakan 'boo'.
Rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Vafaei yang enggan bersalam dengan lawannya itu.
"Biasanya lepas habis game, setiap pemain akan bersalaman, tapi yang ini macam tiada hormat langsung," kata @Aydennn.
"Kedua-dua pemain nampaknya tidak profesional," kata @Jalddon.
"Siapa yang tak nak salam ni, ni bukan profesional namanya," kata @anathasyaaa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram