Ada peluang naik Liga Super ganti Kelantan, penyokong kuaci Melaka dah boleh 'standby'


  • Podium
  • Khamis, 18 Jan 2024

Sebahagian aksi terakhir pemain Melaka United pada aksi Liga Super 2022 sebelum diturunkan pangkat beraksi Liga M3. — Instagram/melakautfc_official

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa badan pengelola liga bola sepak profesional negara itu akan membuka semula permohonan lesen luar biasa (extraordinary license) kepada semua kelab M3 Amateur Football League (AFL) untuk memohon lesen menyertai Liga Super 2024-2025.

Langkah proaktif yang dilakukan MFL diambil susulan keputusan First Instance Body (FIB) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam Liga Super 2024-2025.

Permohonan lesen luar biasa ini dibuka semula kepada kelab-kelab AFL M3 berdasarkan kepada Perkara 4.5, 4.6 dan Annexe III Peraturan Pelesenan Kelab MFL.

BACA LAGI: Sentiasa dahaga cetak gol, Darren Lok impi ledak jaringan berdepan Bahrain

WhatsApp Image 2024-01-18 at 23.17.13

Barisan pemain Melaka United dalam perlawanan akhir Liga Super 2022 sebelum diturunkan pangkat ke Liga M3. — Instagram/melakautdfc_official

“Ketiadaan Kelantan FC menyaksikan kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.

“Justeru MFL telah meminta semua kelab M3 AFL yang berminat untuk mengemukakan permohonan lesen luar biasa ini pada 18 Januari 2024 dan proses penyerahan semua dokumen menerusi AFC CLAS akan bermula 19 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024,” jelas MFL dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis.

Keperluan kriteria untuk mengisi slot Liga Super ini masih sama dengan kriteria permohonan luar biasa M3 AFL dan sub kriteria iaitu Infrastruktur, Kakitangan & Pentadbiran, Sukan, Perundangan, Kewangan dan Perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

MFL akan memilih hanya satu kelab terbaik yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengisi slot ke-14 selepas ketiadaan Kelantan FC.

Berikutan pengumuman tersebut, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong bola sepak tanah air seperti sudah dapat menjangka pasukan mana yang akan beraksi dalam saingan Liga Super 2024 nanti.

"Melaka akan menjadi pilihan dan seterusnya menjadi tempat transit untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju," kata Syafiq Salmin.

"Penyokong kuaci Melaka dah boleh standby," kata Hariz Mohd.

"Ada lah peluang orang Melaka nak tengok bola dekat Stadium Hang Jebat nanti," kata Zurfiqar Zurkefili.

"Wish awal tak kalut, welcome back Melaka United ke Liga Super Malaysia," kata Shikagami Mahoraga. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram