[VIDEO] Menitis air mata, Salah bakal berehat panjang lepas sekadar ikat Ghana


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Tangkap layar rakaman video tersebut memaparkan Salah yang mengalami kecederaan sekali gus terpaksa dikeluarkan. — Agensi

PASUKAN Mesir terpaksa akur dengan keputusan seri apabila diikat 2-2 berdepan Ghana dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023.

Dalam aksi tersebut, Ghana terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa West Ham United, Muhammad Kudus pada minit akhir babak pertama.

Keputusan kekal 0-1 pada babak pertama sebelum pasukan Mesir bangkit separuh masa kedua dengan Omar Marmoush memastikan keputusan terikat 1-1.

Bagaimanapun, hanya berselang duit minit, Ghana menerusi Kudus mencetak gol kedua namun Mostafa Mohamed memastikan kedua-dua pasukan pulang dengan satu mata pada minit ke-74.

BACA LAGI: Berhijrah ke Ajax, bekas kapten Liverpool tak terima gaji di Arab Saudi

Dalam pada itu, selain terpaksa berpuas hati dengan satu mata, pasukan yang diberi jolokan The Pharaohs itu kini perlu menunggu status terbaru kecergasan ayam tambatan mereka, Mohamed Salah yang kini mengalami kecederaan.

Salah yang mengalami kecederaan terpaksa dikeluarkan pada minit akhir babak pertama selepas mengadu merasa tidak selesa pada bahagian belakang kaki kirinya.

Menerusi satu perkongsian video di laman X, selepas menerima rawatan di atas padang, penyerang Liverpool yang berjalan ke arah bangku simpanan dilihat menitiskan air mata.

Situasi tersebut bukan sahaja membimbangkan Mesir yang juga merupakan pasukan gergasi Afrika malah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dilihat turut terkesan.

Susulan kecederaan tersebut, rata-rata penyokong Mesir berharap agar bintang Liverpool itu tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Semoga Salah tidak mengalami kecederaan teruk, kesian tengok keadaan dia macam tu," kata @fansliverpool.

"Harap saja kecederaan Salah tidak lama, comeback stronger Salah," kata @LVFCYNWA2005.

"Tidak sangka Salah akan cedera game ni, cepat sembuh," kata @thabo_calasbash.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram