Bakal diturunkan berdepan Bahrain, fans tolak idea pakai Natxo Insa


  • Podium
  • Khamis, 18 Jan 2024

Sebahagian sesi latihan skuad kebangsaan menjelang perlawanan berdepan Bahrain dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

SKUAD Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekalahan 0-4 di tangan Jordan dalam aksi pembukaan kempen Kumpulan E dalam aksi Piala Asia 2023 di Qatar.

Tewas dengan empat jaringan di Stadium Al-Janoub ternyata memberikan tamparan hebat buat skuad Harimau Malaya yang membawa misi ke Qatar dengan harapan untuk melepasi peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, menjelang aksi kedua Kumpulan E, Malaysia kini dalam misi untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan berdepan Bahrain.

WhatsApp Image 2024-01-18 at 21.00.05

Natxo Insa (bip putih) dijangka turun beraksi berdepan Bahrain. — Facebook/FAM

Menerusi satu perkongsian Astro Arena di laman X, terdapat bayangan bahawa jentera tengah sekali lagi bakal dirombak dengan kehadiran pemain tengah Johor Darul Tazim (JDT), Natxo Insa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Afiq Fazail ekoran berdepan kecederaan.

BACA LAGI: Lepas 'titik' Harimau Malaya, jeneral Jordan tarik perhatian kelab Liga Super

Bagaimanapun, meninjau ruangan komen, rata-rata ekor Harimau Malaya tidak bersetuju sekiranya pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menurunkan tonggak tengah JDT itu dalam aksi kedua nanti.

"Kadang-kadang aku tengok, Piala Asia adalah medan untuk kepentingan orang tertentu, contohnya, untuk yang ada slot Asia tu, macam nak player dia saja biar ada pengalaman, kalah tidak apa janji biar dapat minit pengalaman, itu contohlah," kata bxngpy.

"Ada record injury dan kerap di bangku simpanan pun still disenaraikan ke, penat la ni macam," kata Man Bundles.

"Agak-agak lah nak turunkan si Natxo tu, tiada dah player lain ke yang boleh ganti?," kata Syafik Razak.

Selepas ini, skuad kebangsaan bakal berdepan Bahrain pada 20 Januari sebelum menentang Korea Selatan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram