Sentiasa dahaga cetak gol, Darren Lok impi ledak jaringan berdepan Bahrain


  • Podium
  • Khamis, 18 Jan 2024

Darren Lok (kanan) mahu membantu Harimau Malaya mencetak gol pada aksi kedua berdepan Bahrain. — Facebook/FAM

PENGGEMPUR Harimau Malaya, Darren Lok, bertekad menjadikan pertemuan menentang Bahrain sebagai medan terbaik untuk meledak jaringan, secara tidak langsung menyertai lima legenda negara yang pernah meraih gol di pentas Piala Asia.

Keazaman itu juga bagi membantu Malaysia menghidupkan peluang agar berjaya mara ke pusingan 16.

"Saya sentiasa dahagakan jaringan dan beraksi dengan Malaysia. Tugas saya adalah meledak gol dan saya akan sentiasa turun berikan yang terbaik.

"Kami sedar ia bukan satu perlawanan mudah, ranking Bahrain lebih kurang sama dengan Jordan. Kami perlu perbaiki kesilapan ketika bertemu Jordan.

BACA LAGI: Bakal diturunkan berdepan Bahrain, fans tolak idea pakai Natxo Insa

WhatsApp Image 2024-01-18 at 21.57.06

Darren (kiri) yakin Malaysia mampu meraih keputusan positif dalam aksi kedua Kumpulan E nanti. — Facebook/FAM

"Skuad kebangsaan berkampung di University Qatar selama dua minggu tetapi sama sekali tidak menduga rebah seberat angka jaringan sedemikian, lebih-lebih lagi bertemu Bahrain dalam tempoh tiga hari lagi.

"Kami buat persiapan rapi selain berbekalkan keputusan menarik bertemu lawan yang hebat menuju pusingan akhir di sini," katanya kepada pemerhati sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Tambahnya lagi, skuad kebangsaan juga berharap agar meraih keputusan positif menjelang aksi kedua berdepan Bahrain nanti.

"Sudah tentu kami mengharapkan keputusan yang lebih baik tetapi dalam bola sepak, adakalanya perkara tidak mengikut perancangan.

"Kami kecewa, Jordan menghukum kami. Ia bukan tahap persembahan yang kami harapkan.

"Kami akan menghadapi perlawanan seterusnya dalam beberapa lagi.

"Kami harus terus yakin dengan kemampuan sendiri, kami pernah catat keputusan baik ke atas lawan handalan sebelum ini.

"Jadi kami tahu tahap sebenar kami dan menghadapi perlawanan seterusnya dengan penuh keyakinan," katanya. Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram