CEO baharu janji selesaikan isu skuad Jang, sasar rekrut 5 import


  • Podium
  • Selasa, 16 Jan 2024

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan melantik Faliq Firdaus sebagai CEO NSFC. — Agensi

'TIDAK akan ada lagi masalah gaji.'

Demikian jaminan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Negeri Sembilan, Faliq Firdaus menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) pada April ini.

Malah, CEO yang baru dilantik minggu lalu itu turut berjanji untuk membayar tunggakan gaji oleh pengurusan terdahulu musim lalu kepada pemain skuad Jang secara berperingkat.

Faliq mahu menyelesaikan semua masalah supaya para pemain dapat memberi fokus sepenuhnya untuk menghidupkan semula nasib Negeri Sembilan pada tahun ini.

"Kami akan menjelaskan bayaran untuk kedua-dua pemain tempatan dan import dengan ia akan dilakukan secara berperingkat. Kami telah memberi jaminan kepada pemain bahawa ia akan dilakukan.

"Kami berharap dapat menyelesaikan segala-galanya sebelum para pemain akan melapor diri untuk sesu pramusim, yang mungkin dilaksanakan pada pertengahan Februari atau selewat-lewatnya Mac," katanya.

BACA LAGI: Devan dikhabar ke Penang, bekas pengendali Lembah Klang antara 3 calon bimbing NSFC

WhatsApp Image 2024-01-16 at 4.35.53 PM

Pemain berpengalaman, Zaquan Adha akan dikekalkan pada musim depan. — Facebook/NSFC

Akibat masalah tunggakan gaji, Negeri Sembilan di bawah bimbingan jurulatih K. Devan menduduki tempat kesembilan dengan 27 mata dalam Liga Super tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Negeri Sembilan juga bersedia untuk mempunyai pusat latihan mereka sendiri nanti.

“Kami perlu mempunyai pusat latihan sendiri dan bukannya mencari lapangan untuk disewa di Negeri Sembilan.

“Musim ini, kami harus melakukan perkara yang betul. Saya akan pastikan kami akan mempunyai pusat latihan sendiri.

"Kami telah bercakap dengan kerajaan negeri dan majlis perbandaran. Terdapat cadangan untuk membina satu pusat latihan di Rasah Jaya," kongsinya.

CEO yang baru berusia 31 tahun berkenaan juga mempunyai rancangan tersendiri adalah untuk meningkatkan pasukan.

BACA LAGI: Lupakan isu gaji 2023, skuad Jang dikhabar korek kantung demi rekrut kembar 'power' Indonesia

WhatsApp Image 2024-01-16 at 4.35.55 PM (1)

Ishak Kunju dikaitkan dengan Negeri Sembilan. — Facebook/MUFC

"Kami mahu mendaftar beberapa pemain muda daripada pasukan simpanan di bawah kontrak jangka panjang kerana kami mahu mereka menjadi teras pasukan ini. Kami mempunyai rancangan jangka panjang. Tetapi itu tidak bermakna kami akan menggugurkan pemain senior.

"Untuk kekal kompetitif, kami akan mempunyai lima import. Kami juga mahu mengekalkan Zaquan Adha Abdul Radzak juga walaupun dia sudah berusia 37 tahun," jelasnya.

Dalam pada itu, Faliq memberi bayangan bahawa pengganti Devan merupakan serang jurulatih tempatan dan ia akan diumumkan pada minggu depan.

Beberapa nama yang dikaitkan dengan kelab itu ialah Azzmi Aziz, Ishak Kunju Abdullah, K. Nanthakumar, dan Wan Rohaimi Wan Ismail.

"Kami akan memberi mandat kepada jurulatih untuk memilih pasukannya. Pramusim kami mungkin pada pertengahan Februari atau selewat-lewatnya Mac," ujarnya. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram