Fans Indonesia 'claim' lagu Kopi Dangdut popular sampai Venezuela tapi tak tahu fakta sebenar


  • Podium
  • Selasa, 16 Jan 2024

Penyokong Indonesia fikir lagu Kopi Dangdut berasal daripada negara mereka. — Agensi

BOLA sepak merupakan sebuah sukan yang universal dan dimainkan di seluruh dunia. Oleh itu, tidak terkejut sekiranya berlaku pertukaran budaya secara tanpa disedari.

Sorakan atau chant merupakan satu perkara yang melalui pertukaran budaya menerusi bola sepak. Jika kita selalu mendengar sorakan yang dibawa oleh Ultras Malaya, ada lagu atau melodinya diambil daripada pasukan lain di seluruh dunia.

Lazimnya itu adalah perkara yang dilakukan. Melodi yang hampir serupa diambil, cuma liriknya ditukar mengikut kesesuaian sesebuah pasukan.

Malah, ada juga sekumpulan penyokong yang menggunakan lagu sorak yang sama tanpa mengubah melodi atau maksud seperti lagu You'll Never Walk Alone yang dinyanyikan oleh penyokong Liverpool, Celtic dan Borussia Dortmund.

Di Asia Tenggara, bola sepak mempunyai pengikutnya yang ramai dan fanatik terutamanya di Indonesia. Bagi mereka, Indonesia adalah yang terbaik tidak kiralah pasukan kebangsaan atau liga mereka.

Hinggalah mereka berasakan hebatnya mereka berjaya mempengaruhi negara lain untuk mengikut mereka. Baru-baru ini, tular satu rakaman menyaksikan penyokong kelab Argentina, Boca Juniors bersorak mengikut melodi lagu hits Indonesia iaitu Kopi Dangdut dendangan Fahmi Shahab seperti dalam video di Instagram.

"Lah, boleh pula sampai ke sana (Argentina)?," soal penyokong Indonesia bernama Aziz Raynaldi.

"Jauh sangat perginya lagu ni dimainkan," kata Farhan Rizky pula.

"Lagu Kopi Dangdut mendunia ni kawan-kawan," ujar Elfarizi Dimas penuh bangga.

BACA LAGI: Ikon Bahrain, bintang Timnas Indonesia sasaran terbaik mantapkan Sang Kenari

269fe541674f3ebb41b2aa7c9ecc2cee020e6e5fe48af0b1b906d3b21d038081

Namun begitu, melodi sorakan tersebut bukannya berasal dari Indonesia. Sebaliknya berasal daripada Venezuela menerusi lagu Moliendo Cafe.

Lagu tersebut sebenarnya digubah semula oleh Fahmi dan liriknya menggunakan bahasa Indonesia.

"Lagu Kopi Dangdut diadaptasi daripada lagu Venezuela berjudul Moliendo Cafe. Fahmi Shahab pun membeli hak cipta lagu tersebut dan mengubah judul dan lirik laginya diubah kepada bahasa Indonesia," jelas penyokong bernama Cahyo Saputra.

Selain warga Indonesia yang begitu dekat dengan melodi lagu tersebut, penyokong kelab Turkiye, Besiktas juga menggunakan rentak yang sama bagi sorakan pasukan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram