NEGERI Sembilan dijangka akan membuat perubahan pada musim depan dengan kelab itu difahamkan akan mempunyai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu manakala jurulatih semasa, K. Devan akan digantikan.
Difahamkan kehadiran dua individu baharu skuad Jang Hobin Jang berkenaan akan diumumkan pada Khamis.
Selepas kontrak Devan tamat tahun lalu, pasukan seperti Melaka serta Pulau Pinang difahamkan sedang mengintainya untuk musim akan datang,
Negeri Sembilan dikhabar membawa masuk bekas jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz, Wan Rohaimi Wan Ismail (Kuala Lumpur) dan Ishak Kunju (Negri Sembilan II).
Sumber yang rapat dengan kelab itu berkata, pasukan berkenaan akan menggunakan skuad yang lebih muda di bawah kepimpinan baharu.
Prosepek dari pasukan simpanan kelab itu akan menjadi sebahagian daripada projek lima tahun Negeri Sembilan dan akan dibantu oleh pengarah teknikal baharu.
Azzmi Aziz meninggalkan PDRM FC pada Ogos 2023. — Bernama
"Kelab itu akan mendapatkan pengarah teknikal, kemungkinan besar orang dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) untuk merancang masa depan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Jurulatih baharu akan diumumkan dalam masa dua hingga tiga minggu, manakala CEO akan diketahui pada minggu ini,” kata sumber berkenaan.
Pemain muda yang bakal dikekalkan ialah R. Javabilarivin, Izzudin Roslan, R. Aroon Kumar dan Zainal Abidin Jamil manakala penyerang veteran Zaquan Adha Abdul Radzak dijangka kekal untuk semusim lagi sebagai kapten untuk membimbing pemain muda.
Kelab itu juga mengintai beberapa bakat dari rantau Asia Tenggara juga dan boleh meminjamkan pemain muda Indonesia Bagus Kahfi Alfikri dan Bagas Kaffa Arrizqi dari Barito Putera.
BACA LAGI: Lupakan isu gaji 2023, skuad Jang dikhabar korek kantung demi rekrut kembar 'power' Indonesia
Bagus Kahfi (kiri) dan Bagas Kaffa dikaitkan berhijrah ke Negeri Sembilan. — Agensi
Bagus adalah penyerang, manakala Bagas adalah bek sayap dengan kedua-duanya adalah sebahagian daripada skuad Bawah 23 tahun Indonesia.
Bagus pernah disebut-sebut sebagai salah seorang wonderkid terbaik Asia Tenggara bersama-sama dengan penyerang Thailand, Suphanat Muenta dan Luqman Hakim Shamsuddin dari Malaysia.
Dia juga pernah berkhidmat di luar negara dengan kelab Belanda, Utrecht dan pasukan berpangkalan di Greece, Asteras Tripolis.
“Kelab itu telah memulakan rundingan dengan Barito Putera untuk membawa pasangan kembar itu secara pinjaman,” kata sumber itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram