Bintang Piala Asia Oman sesuai ganti Ayron di Selangor, jadi rebutan kelab Liga Super


  • Podium
  • Ahad, 14 Jan 2024

Al-Ghassani (depan) merupakan penyerang antarabangsa Oman. — AFC

PENCARIAN penyerang untuk menggantikan Ayron del Valle dan Richmond Boakye di Selangor FC masih belum berakhir.

Gergasi Merah ketika ini dilaporkan sedang mendapatkan penyerang Cape Verde, Alvin Fortes namun itu tidak cukup buat mereka jika mahu bersaing hebat di peringkat Asia.

Ada tiga nama yang boleh Selangor cuba dekati dengan harapan boleh menguatkan lagi barisan serangan Selangor musim depan.

Analisis ringkas Majoriti akan menyingkap tiga potensi penyerang yang boleh dibawa Selangor musim depan dengan salah seorangnya merupakan bintang Piala Asia 2023:

1. Yuki Ohashi

Penyerang dari Jepun ini merupakan salah seorang pemain yang boleh dipertimbangkan oleh Tan Cheng Hoe untuk musim depan

Berketinggian 1.81 meter, Ohashi merupakan pemain Sanfrecce Hiroshima, sebuah kelab divisyen satu di Jepun.

Sebelum ini beraksi untuk Shonan Bellmare, Ohashi menghasilkan 20 gol dalam 90 penampilan bersama-sama kelab itu hampir lima tahun bersama.

Kemungkinan untuk Selangor mendapatkan penyerang itu agak sukar kerana Ohashi merupakan rekrut terbaharu Hiroshima untuk musim 2024/2025. Tetapi jika mereka hendak dapatkan secara pinjaman itu mungkin boleh berlaku.

BACA LAGI: [VIDEO] Selangor kekal dengan Alvin Fortes, tak jadi pancing 'striker' Turkiye

yuki-ohashi-shonan-bellmare-1636896513-74675

Ohashi baru saja menyertai Sanfrecce Hiroshima — Agensi

2. Yuri Jonathan

Pemain dari Brazil ini merupakan penyerang yang sedikit lebih tinggi berbanding Ohashi iaitu 1.85 meter.

Beraksi untuk kelab Korea Selatan iaitu Jeju United, dia pernah beraksi untuk pasukan-pasukan lain seperti CF Estrela di Portugal dan Guarani di Brazil.

Bersama Jeju, Jonathan telah menjaringkan 11 gol dalam 37 penampilan serta menghasilkan empat bantuan gol buat kelab tersebut.

Masa Jonathan di Jeju juga boleh dianggap masih baru jadi Selangor perlu memberi tawaran lumayan untuk membawa dia ke Malaysia.

25648_35628_1672713122

Jonathan beraksi untuk pelbagai kelab di Brazil sebelum ke Korea Selatan. — Agensi

3. Muhsen Al-Ghassani

Pemain ini mungkin boleh diberikan perhatian lebih oleh Selangor kerana Al-Ghassani merupakan bintang pasukan Oman yang beraksi di Piala Asia 2023.

Beraksi untuk Al-Seeb, Al-Ghassani merupakan salah seorang penjaring gol kelab tersebut ketika mereka membenam Kuala Lumpur City FC pada perlawanan akhir Piala AFC beberapa tahun lalu.

Mandatory Credit: Photo by Ulrik Pedersen/CSM/Shutterstock (10069226s)Muhsen Al-Ghassani of Oman during Iran v Oman at the Zayed Sports City Stadium in Abu Dhabi, United Arab Emirates, AFC Asian Cup, Asian Football championshipAFC Asian Cup Football Iran v Oman, Abu Dhabi, USA - 20 Jan 2019

Al-Ghassani memenangi Piala AFC bersama Al-Seeb. — Agensi

Musim ini, Al-Ghassani beraksi baik dengan menghasilkan empat gol dalam sembilan penampilan liga sambil telah mempunyai tujuh gol dalam 33 kaps bersama Oman.

Baru berusia 26 tahun, jika berjaya disambar maka Selangor berjaya mendapatkan penjaring gol prolifik dan boleh kekal beberapa musim bersama mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram