[VIDEO] Keputusan Subkhiddin tukar gol masa penentuan penalti beri tuah buat Jepun di Piala Asia 2004


  • Podium
  • Sabtu, 13 Jan 2024

Para pemain Jepun meraikan kejayaan menang sepakan penalti bertemu Jordan. — AFC

SATU masa dulu, negara kita mempunyai seorang pengadil yang cukup hebat iaitu Subkhiddin Mohd Salleh.

Pengadil bertaraf FIFA itu pernah menjadi wakil negara ke pelbagai kejohanan utama dunia termasuklah Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan selain Sukan Olimpik Athens pada 2004.

Itu adalah beberapa kejohanan besar yang pernah disertai Subkhiddin. Selain itu, dia juga pernah menjadi pengadil untuk kejohanan Piala Asia 2004 yang diadakan di China.

Di kejohanan tersebut, Subkhiddin telah mencipta detik pelik tapi benar sewaktu perlawanan suku akhir melibatkan Jepun dan Jordan yang menyaksikan pemenang terpaksa dicari menerusi penentuan sepakan penalti.

Japanese players rush to celebrate with goalkeeper Yoshikatsu Kawaguchi after he saved a penalty shot in the penalty session to give Japan a 4-3 win over Jordan in the Asian Cup quarterfinal match 31 July 2004 in the southwestern Chinese city of Chongqing. AFP PHOTO (Photo by STR/ AFP)

Pemain Jepun ceria berjaya menewaskan Jordan. — AFC

Selepas 90 minit perlawanan dan masa tambahan 30 minit, kedudukan 1-1 kekal antara kedua-dua pasukan dan pemenang perlu dicari menerusi sepakan penalti.

Ketika sepakan penalti sedang berjalan, Jepun ketinggalan 1-3 dengan pemain seperti Shunsuke Nakamura dan Alex gagal menyempurnakan tugas mereka.

Akan tetapi, segalanya berubah apabila Subkhiddin mengubah gol yang digunakan untuk sepakan penalti tersebut. Ketika itu, sepakan penalti diambil di gol sebelah kiri stadium.

Namun begitu, pengadil Malaysia itu mengubah gol pada separuh jalan kepada gawang di sebelah kanan stadium. Selepas mengubah itu, secara tak langsung telah mendatangkan tuah kepada Jepun.

Jepun berjaya bangkit menang 4-3 dengan Tsuneyasu Miyamoto menjadi wira Samurai Biru. Dengan kemenangan tersebut, ia telah membuka jalan buat mereka menjadi johan Piala Asia 2004 dengan menewaskan China di perlawanan akhir.

Melangkah ke hari ini, Subkhiddin sudah tidak lagi menjadi pengadil sebalik terus berkhidmat dalam urusan pemerkasaan bidang tersebut.

Sementara Jepun pula terus maju sebagai kuasa bola sepak Asia dengan mereka tiba di Piala Asia 2023 sebagai calon pilihan dengan empat kejuaraan sudah dimiliki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram