Selain Sang Penyu, Akram Mahinan kini dalam radar skuad Jang


  • Podium
  • Jumaat, 12 Jan 2024

Meskipun masa depan Akram masih belum terjawab namun dua kelab Liga Super mula tunjuk minat mahu mendapatkan khidmatnya. — Facebook/Kuala Lumpur City

BARU-BARU ini, penyokong setia Kuala Lumpur (KL) City FC dikejutkan dengan pemergian tonggak penting dalam pasukan tersebut.

Ia susulan selepas bekas pemain tengah kebangsaan, Akram Mahinan mengumumkan meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu.

Tidak lama selepas pengumuman tersebut, watak penting KL City FC itu dikhabarkan bakal menabur bakti bersama pasukan Terengganu FC (TFC) musim depan.

Hal ini kerana, heboh di media sosial mengatakan Akram bakal menyertai skuad Sang Penyu berikutan sudah berada dalam radar kelab Pantai Timur itu sejak awal musim 2023.

BACA LAGI: Akram Mahinan dah macam ejen, pelawa bintang Lembah Klang kembali ke Terengganu

Akram Mahinan

Perbualan antara Akram dan Kamal Azizi menimbulkan pelbagai spekulasi.

Perkara itu dianggap benar selepas Akram seolah-olah memberi gambaran akan berhijrah ke TFC menerusi satu perbualan antara bekas rakan sepasukan di KL City FC, Kamal Azizi.

"Jumpa lagi Am, sahabat saya. Miss you," kata Kamal Azizi yang juga merupakan pemain pertahanan itu, ringkas.

"Alah, nanti berlatih sama-sama juga," kata Akram pula.

Perbualan antara Akram dan Kamal Azizi sememangnya membuatkan ramai peminat bola sepak tanah air tidak senang duduk apabila seakan-akan memberi gambaran bahawa kedua-dua mereka akan kembali bersatu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, timbul khabar angin yang mengatakan bahawa pemain berusia 30 tahun itu kini sedang diintai oleh pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC).

Menerusi satu ciapan pemerhati bola sepak tempatan di laman X, T. Avineshwaran, NSFC dikhabarkan sedang mengintai peluang untuk membawa masuk Akram bagi membantu pasukan itu musim 2024.

"Selepas Akram Mahinan meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan kelab itu sedang mencari untuk menggantikannya dengan Zahril Azri Zabri.

"Pemain berusia 24 tahun itu, yang dipinjamkan dengan Pulau Pinang dari Selangor tahun lepas, turut menjadi perhatian Negeri Sembilan FC," ciapnya.

Untuk rekod, ketika bersama pasukan dengan jolokan Warga Kota itu, Akram sudah membantu The City Boys menjuarai Piala Malaysia tiga tahun lalu dan juga membuat sumbangan penting ketika skuad Warga Kota melangkah ke pentas akhir Piala AFC 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram