Syihan mahu elak sebarang ruang bolos demi 3 mata pertama di pentas Piala Asia


  • Podium
  • Khamis, 11 Jan 2024

Pan-gon (baju hitam) berhasrat agar anak-anak buahnya meraih keputusan positif berdepan Jordan nanti. — Facebook/FAM

PENJAGA gol skuad kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi tidak mahu Malaysia memilih jalan sukar dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2023 di Qatar nanti.

Justeru, kutipan tiga mata penuh amat penting bertemu Jordan di perlawanan pertama nanti.

Mengakui agak gementar dengan penampilan kali pertama di pentas Piala Asia, namun ia tidak menggoyahkan hasrat yang perlu direalisasikan skuad Kim Pan-gon.

Syihan Hazmi sedar tanggungjawab selaku 'benteng akhir' skuad Harimau Malaya di kempen Piala Asia Qatar.

WhatsApp Image 2024-01-11 at 22.40.57

Syihan Hazmi akui perlu mengelak daripada dibolosi berdepan Jordan nanti. — Facebook/FAM

Langkah pertama perlu bermula dengan cemerlang andai melewati langkah sumbang, maka pincanglah perancangan utama yang telah dirangka Ketua Jurulatih kebangsaan, Pan-gon.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalau nak tukar boleh roger', Nazmi Faiz post video di Dubai

Syihan sendiri menanggung tanggungjawab selaku 'individu akhir' di gawang negara, dia perlu mengelak sebarang ruang bolos demi tiga mata pertama di pentas Piala Asia.

Syihan ternyata bertuah, ketegangan dengan rasa berat di bahu tidak dipikul berseorangan.

Malah, dia turut mendapat sokongan yang cukup baik daripada penjaga gol senior yang cukup prihatin dengan penampilan Syihan bersama skuad negara ketika ini.

Syihan bagaimanapun tidak mahu terlalu berlapang dada dengan keputusan seri 2-2 bertemu Syria dalam aksi pemanas badan kerana ia bukan perlawanan sebenar menilai prestasi semasa pasukan lawan. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram