PEMAIN pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger dilihat berkelakuan pelik apabila mencubit puting Alvaro Morata dalam perlawanan separuh akhir Piala Super Sepanyol.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu perkongsian video di laman X yang memaparkan Rudiger dilihat mencubit puting Morata sekali gus mencetuskan reaksi marah penyerang 31 tahun itu.
Dalam video tersebut, Morata tidak teragak-agak untuk membalas dengan menolak Rudiger sambil pemain pertahanan Real Madrid itu terus ketawa ke arahnya.
Difahamkan, kedua-dua mereka merupakan rakan sepasukan ketika beraksi bersama kelab di Chelsea selama dua musim iaitu pada 2017 hingga 2019.
Dalam perlawanan tersebut, Real Madrid menewaskan Atletico dengan keputusan 5-3 sekali gus berjaya mara ke final Piala Super Sepanyol.
Meskipun terpalit kontroversi dalam aksi tersebut, Rudiger merupakan pemain yang membuka tirai jaringan sekali gus antara yang membantu Real Madrid mencetak satu jaringan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram