[VIDEO] 'Kalau nak tukar boleh roger', ramai beri reaksi video Nazmi Faiz di Dubai


  • Podium
  • Khamis, 11 Jan 2024

Kekurangan minit permainan dipinggirkan skuad JDT antara faktor Nazmi gagal mendapat peluang beraksi bersama skuad kebangsaan. — Instagram/nazmifaizmansor

MENJELANG perlawanan Piala Asia 2023 di Qatar, pastinya seluruh penyokong kini memberi tumpuan kepada skuad Harimau Malaya yang bakal membuka kempen Kumpulan E berdepan Jordan pada 15 Januari nanti.

Namun, nama pemain tengah Johor Darul Takzim (JDT), Nazmi Faiz Mansor sekali lagi sempat mencuri tumpuan apabila satu hantaran di laman Instagram miliknya menjadi tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya, Nazmi Faiz sempat berkongsikan satu video yang pendek namun memberi makna yang cukup mendalam kepada penyokong di tanah air.

Dalam video yang berlatarbelakangkan menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa, Nazmi berkongsi lokasinya yang berada di atas padang.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong di tanah air sempat bergurau senda dengan mengatakan bahawa kehadiran bekas pemain tengah skuad kebangsaan di Dubai itu seperti tidak berputus asa untuk menarik perhatian Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

BACA LAGI: Ikut jejak 'loan' JDT, Sri Pahang destinasi terbaik Nazmi Faiz musim ini

"Nazmi Faiz di Dubai. Kim Pan-gon kalau nak tukar Natxo Insa, boleh roger-roger," kata @Palatao Bola.

"Ni kalau ada cedera, boleh direct panggil Nazmi, member pun ada dekat Dubai sekarang," kata @kenshido.

"Nak bagi hint ke ni ada kat Dubai? Kot-kot boleh ganti player before game kan," kata @hashimmm_.

Sebelum ini, penyokong mendakwa Nazmi Faiz tidak berpuas hati susulan namanya tiada dalam skuad Harimau Malaya ke Piala Asia.

Perkara itu dilihat selepas Nazmi berkongsikan satu postingan di Instagramnya.

"Loooool," tulisnya di Instagram.

Sebelum ini, Nazmi merupakan pemain tengah regular yang sering dipanggil dalam skuad kebangsaan.

Namun, kekurangan minit permainan dan selalu dipinggirkan daripada skuad JDT ketika ini memadam peluangnya untuk kembali beraksi bersama Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram