Selain intai import musim depan, keeper JDT, KL City FC ada potensi ke Perak FC


  • Podium
  • Khamis, 11 Jan 2024

Luka Milunovic (jersi 30) antara pemain yang difahamkan tidak akan dikekalkan bagi musim 2024. — Facebook/Perak FC

PADA Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Interim Perak FC Bobie Farid Shamsudin mengesahkan skuad The Bos Gaurus (TBG) kini dalam usaha untuk mendapatkan beberapa pemain import bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2024.

Difahamkan, beberapa pemain import sudah berada dalam radar Perak FC untuk diserap dalam pasukan kendalian Yusri Che Lah itu.

Bobie Farid berkata, khidmat pemain import baharu adalah bagi memperkasakan jentera serangan dan tengah yang dilihat perlu untuk memastikan Perak FC menjadi antara pencabar dalam kempen Liga Super 2024/2025.

Haziq

Haziq Nadzli terus disebut-sebut sebagai penjaga gol baharu Perak FC musim depan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Bukan saja mahu mendapatkan khidmat pemain import, Perak FC khabarnya akan membawa masuk dua penjaga gol baharu musim depan.

BACA LAGI: Kelab gergasi Lembah Klang bernafsu besar, sasarkan 3 penyerang Liga Korea musim depan

Meksipun belum mahu membuat pengumuman mengenai wajah baharu penjaga gol skuad TBG itu, rata-rata penyokong berasakan anak jati kelahiran Selangor, Haziq Nadzli dan penjaga gol Kuala Lumpur (KL) City FC, Azri Ghani antara yang sudah berada dalam radar Perak FC.

"Kalau tengok keeper sekarang yang sesuai dan kurang minit permainan, keeper JDT lah, Haziq Nadzli," kata fansperakfc.

"Boleh dah try keeper yang tiada minit permainan, Haziq tu pun bagus," kata Zariff Amin.

"Asyik-asyik JDT, why not try keeper KL City FC pula, Azri Ghani, nampak padu juga, fizikal sesuai," kata Ahmad Sham.

Sekiranya Perak FC berjaya mendapatkan Haziq yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) itu, pastinya minit permainan pemain berketinggian 1.76 meter itu lebih terjamin kerana sebelum ini hanya diletakkan dalam skuad simpanan musim lalu.

Malah, peluang Azri yang juga merupakan pemain kelahiran Kelantan itu dilihat cerah berikutan pernah mempamerkan prestasi terbaik ketika bersama Perak FC musim 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram