Enam bulan gaji tertunggak, Mat Yo desak Melaka United lunaskan segala hutang


  • Podium
  • Jumaat, 12 Jan 2024

Norshahrul mahu gajinya diselesaikan oleh Melaka United. — Facebook/Melaka United FC

SEHINGGA kini, apabila menyebut nama Melaka United FC, pasti ramai yang akan teringat akan isu gaji yang tertunggak melibatkan kelab tersebut.

Pasukan yang kini telah dibubarkan itu sehingga hari ini masih lagi terdapat masalah tersebut melibatkan bekas pemain mereka.

Antara nama yang terpalit dengan isu itu adalah bekas pemain kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha.

Baru-baru ini, Norshahrul secara terbuka di laman Instagram miliknya secara terbuka telah mendesak Melaka United untuk tampil menyelesaikan tunggakan gajinya selama enam bulan.

306157018_515125850487295_8760082368628575276_n

Main untuk semusim tapi gaji Norshahrul (kanan) bersama Melaka United sangkut enam bulan. — Facebook/Melaka United

Norshahrul mengatakan yang dia berjaya mendapatkan semula laman Instagramnya yang sudah lama digodam tetapi gajinya masih tidak kunjung tiba.

"Melaka United, IG saya pun dah dapat balik. Gaji yang tertunggak enam bulan tu agak-agak bila nak dapat balik?

"Lama tunggu, bayarlah hutang. Banyak kerugian isteri dan anak-anak alami. Tak baik aniaya orang. Bila nak bayar tu? Enam bulan bukan enam minggu tapi enam bukan tak bergaji. Kerja pergi kerja, gaji tak nak bayar?

"Macam ni anda bela nasib pemain yang pernah berbakti kepada negara? Awal-awal tahun 2022 dah lewat bayar lepas tu sikit-sikit pula," kata Norshahrul.

Pemain Harini FT itu juga mengecam tindakan Melaka United sebelum ini yang tidak ukur baju di badan sehingga mendapatkan pemain import walaupun bajet rendah.

BACA LAGI: Bincang status Kelantan minggu depan, MFL pantau Kedah dan KUFC isu pembayaran gaji tertunggak

WhatsApp Image 2024-01-12 at 12.10.04

Tangkap layar luahan Norshahrul mengenai tunggakan gajinya. — Instagram/@9matyo9

"Gaji tak besar pun tapi kita kena faham kelab ada masalah dengan kerajaan. Dah tahu tak mampu ambil pemain import mahal-mahal kenapa?

"Ukurlah baju pada bajet anda sendiri. Saya minta tolong usahakan selesaikan isu gaji. Perlu ke saya screenshot dan beritahu umum? Itu bukan cara saya.

"Sekarang semua diam seolah-olah lari, cubaan demi cubaan (dilakukan) untuk tutup nama saya kan? Ikutkan banyak (lagi) nak dibongkarkan," ujar Norshahrul.

Norshahrul beraksi untuk Melaka United selama semusim pada 2022. Dia merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia yang menenangi Piala AFF pada 2010. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram