KELAB Liga Super, Terengganu FC dijangka akan melakukan persiapan awal menjelang musim baharu kelak.
Dengan liga hanya akan bermula pada Mei 2024, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner dilaporkan akan memulakan latihan pra-musim lebih awal daripada pasukan-pasukan lain.
Memetik laporan pemerhati sukan, Fadhirul Shuhaimi, Terengganu dijangka memulakan latihan pra-musim seawal bulan Februari dengan kelab itu dijangka akan mengadakan kejohanan piala empat penjuru.
Namun begitu, masih belum dapat diputuskan dengan lebih mendalam mengenai kejohanan empat penjuru tersebut. Berkemungkinan besar Terengganu akan menjemput pasukan-pasukan jiran seperti dari Thailand, Singapura dan Indonesia untuk bertanding.
Tujuan latihan tersebut diadakan tiga bulan lebih awal sebelum liga bermula kerana Terengganu mahu memastikan tahap kecergasan para pemain dalam keadaan baik sebelum bulan Ramadan tiba.
BACA LAGI: Fans mahu Terengganu masuk 'line', cantas usaha Selangor ikat Nazmi Faiz
Terengganu mahu pastikan pemain mereka cukup cergas sebelum musim bermula. — Facebook/Terengganu FC
Tindakan harus dipuji
Untuk mengadakan latihan pra-musim tiga bulan sebelum liga berlangsung sebenarnya tidak normal bagi sesebuah pasukan. Lazimnya, mereka akan berlatih sebulan hingga sebulan setengah sebelum musim bermula.
Namun begitu, melihat kepada bulan Ramadan dan Syawal yang akan tiba sebelum liga berlangsung, tindakan Terengganu memulakan latihan lebih awal adalah satu keputusan bijak.
Hal ini kerana, Terengganu pasti mahu membina kecergasan para pemain hingga ke tahap terbaik sebelum bulan Ramadan tiba. Lazimnya apabila Ramadan tiba, kecergasan pemain akan sedikit menurun.
Ditambah pula dengan bulan Syawal yang begitu dekat dengan permulaan liga, jadi masa semakin suntuk untuk mereka memulakan latihan pra-musim pada waktu tersebut. Oleh itu, pilihan terbaik adalah dengan mengadakan pra-musim pada Februari.
Jika tindakan Terengganu itu membawa hasil positif, pastinya penyokong akan menyambut baik keputusan bijak yang dilakukan oleh pihak kelab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram