'Kerja di mana anda dihargai', luahan Saddil lepas dibuang Timnas Indonesia seolah-olah lebih sayangkan Sabah FC


  • Podium
  • Jumaat, 12 Jan 2024

Saddil bersama jurulatihnya di Sabah FC, Kim Swee. — Instagram/Saddil

LUAHAN terbaharu penyerang sayap pasukan kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani selepas berita pengugurannya daripada pasukan kendalian Shin Tae-yong menjadi topik perbincangan daripada penyokong bola sepak Malaysia dan Sang Garuda.

Menerusi laman Instagram miliknya, tonggak utama Sabah FC berkenaan memuat naik gambarnya bersama pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee dengan dia menyarung jersi latihan skuad Sang Badak.

"Jangan sesekali berputus asa, bekerja di tempat yang membuatkan anda dihormati, ingat hukum alam masih berlaku,” tulis Saddil sambil diiringi tanda pagar #happyholiday dan emoji dalam bentuk mawar merah dan hati.

Gambar dan kapsyen dalam bahasa Inggeris itu mempunyai interpretasi berbeza bagi setiap penyokong namun kebanyakan mereka menganggap luahan serta gambar Saddil itu seperti menunjukkan bahawa kelabnya menabur bakti iaitu Sabah FC lebih menghargainya dari Sang Garuda.

BACA LAGI: Masalah disiplin antara punca Saddil Ramdani dibuang, pemain berusia jadi pilihan STY

WhatsApp Image 2024-01-12 at 17.32.32

Tangkap layar hantaran Saddil di Instagram.

Tidak kurang juga, ada sebahagian penyokong Saddil membuat tafsiran bahawa pemain berusia 25 tahun berkenaan lebih menyayangi pasukan The Rhinos berbanding pasukan kebangsaan Indonesia.

Walau apa pun maksud luahan Saddil itu, penguguran Saddil daripada pasukan kebangsaan Indonesia sememangnya mengundang rasa tidak puas hati penyokong susulan tonggak Sabah FC itu mempunyai kelebihan yang diperlukan oleh seorang pemain sayap.

Terdahulu, laporan dikeluarkan oleh CNNIndonesia.com mengatakan isu disiplin, masalah sikap dan prestasi kurang memberangsangkan menjadi faktor pemain berusia 25 tahun itu ‘dibuang’ daripada perancangan Sang Garuda.

BACA LAGI: Keputusan gugur Saddil Ramdani dari skuad Timnas Indonesia undang reaksi senang penyokong Sabah

WhatsApp Image 2024-01-12 at 17.33.05

Ramai bersimpati terhadap harapan pemain itu kerana gagal mewakili negaranya di Piala Asia.

Ketiga-tiga faktor berkenaan dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Badan Tim Nasional (BTN), Sumardji memetik laporan dari CNNIndonesia.com pada pagi Khamis.

Sumardjiang pernah berkhidmat sebagai pengurus pasukan kebangsaan Indonesia itu tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung pertimbangan yang menyebabkan Saddil digugurkan dan digantikan oleh Adam Alis.

Adam merupakan pemain tengah yang kini berkhidmat bersama Borneo FC dan tonggak berusia 30 tahun itu sudah mencetak dua gol serta tiga hantaran bantuan untuk membantu pasukannya dalam saingan Liga 1 Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram