Masalah disiplin antara punca Saddil Ramdani dibuang, pemain berusia jadi pilihan STY


  • Podium
  • Khamis, 11 Jan 2024

Ramai bersimpati terhadap harapan pemain itu kerana gagal mewakili negaranya di Piala Asia. — Instagram/Saddil

KEPUTUSAN pengendali Indonesia, Shin Tae-yong menggugurkan Saddil Ramdani bukan hanya dibincangkan oleh penyokong Sang Garuda, malah peminat bola sepak tanah air turut sama bercakap mengenai topik membabitkan penyerang sayap itu.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan bahawa ‘faktor teknikal’ merupakan salah satu sebab pemain Sabah FC itu digugurkan daripada mewakili Indonesia pada kejohanan tertinggi Asia berkenaan.

Namun, di laporan berlainan yang dikeluarkan oleh CNNIndonesia.com mengatakan isu disiplin, masalah sikap dan prestasi kurang memberangsangkan menjadi faktor pemain berusia 25 tahun itu ‘dibuang’ daripada perancangan Sang Garuda.

Ketiga-tiga faktor berkenaan dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Badan Tim Nasional (BTN), Sumardji memetik laporan dari CNNIndonesia.com pada pagi Khamis.

BACA LAGI: Keputusan gugur Saddil Ramdani dari skuad Timnas Indonesia undang reaksi senang penyokong Sabah

WhatsApp Image 2024-01-11 at 18.27.57

Saddil (kiri) dan Adam (kanan) ketika bersama-sama mewakili Indonesia. — Instagram/Adam

"Ini atas budi bicara jurulatih Shin Tae-yong. Terdapat tiga pertimbangan untuk menentukan skuad ini, pertama prestasi, kedua disiplin, dan ketiga sikap. Jadi ketiga-tiga itu menjadi rujukan," katanya.

Sumardjiang pernah berkhidmat sebagai pengurus pasukan kebangsaan Indonesia itu tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung pertimbangan yang menyebabkan Saddil digugurkan dan digantikan oleh Adam Alis.

Adam merupakan pemain tengah yang kini berkhidmat bersama Borneo FC dan tonggak berusia 30 tahun itu sudah mencetak dua gol serta tiga hantaran bantuan untuk membantu pasukannya dalam saingan Liga 1 Indonesia.

“Saya tidak perlu menjelaskan sama ada kaitan dengan isu disiplin atau tidak. Secara asasnya tiga rujukan itu ialah, prestasi, disiplin dan sikap,” tambahnya.

Selain Saddil, Tae-yong turut menggugurkan seorang lagi pemain iaitu Arkhan Fikri daripada senarai akhir skuad Indonesia ke Piala Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram