Isu peribadi dorong Ramon Marcote tinggalkan Selangor, kini sah bersama kelab Cyprus


  • Podium
  • Rabu, 10 Jan 2024

Marcote (kiri) mempunyai kerjasama baik dengan Tan Cheng Hoe (kanan) sebagai gandingan jurulatih dan pembantu jurulatih. — Facebook/Selangor FC

PERGERAKAN dalam kalangan pemain di Liga Super menjadi perhatian ramai sejak tamatnya musim 2023.

Sudah terdapat beberapa nama yang telah sah menyertai pasukan baharu, tetapi masih banyak khabar angin yang tersebar berkenaan masa depan berkenaan pelbagai pemain.

Namun begitu, pergerakan jurulatih turut menjadi perhatian lebih-lebih bagi penyokong yang mengikuti dengan rapat ketika pergerakan pasukan kesayangan.

Antara nama yang menjadi perhatian adalah pembantu Tan Cheng Hoe di Selangor FC iaitu Ramon Marcote. Teka-teki timbul pada akhir tahun 2023 selepas statusnya bersama Gergasi Merah seolah-olah tergantung.

Dengan spekulasi timbul mengatakan dia akan tinggalkan Malaysia secara tetap, ia nyata menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong Selangor kerana kualiti Marcote masih diperlukan dalam pengembaraan kelab itu ke Asia pada musim 2024/2025.

Selepas lama mendiamkan diri, akhirnya Marcote sendiri mendedahkan statusnya bersama Selangor dengan dia kini sudah tidak bersama-sama mereka.

Di laman Facebooknya, Marcote dilaporkan telah menyertai sebuah kelab Eropah iaitu Ethnikos Achnas yang berpangkalan di Cyprus.

BACA LAGI: [VIDEO] Selangor kekal dengan Alvin Fortes, tak jadi pancing 'striker' Turkiye

418531262_7502705636419679_7502798456025752462_n

Tangkap layar menunjukkan Marcote kini kembali bersama Ethnikos Achnas. — Facebook/Marco

Perkara itu dapat dilihat apabila Marcote sendiri mengemas kini kelab baharu yang disertainya untuk 2024.

Sebagai rekod, ia merupakan tempoh kedua Marcote bersama-sama kelab tersebut. Sebelum ini, dia pernah berkhidmat dari Julai hingga Ogos 2022 sebelum menyertai Selangor pada 2023.

Difahamkan, kepulangan semula Marcote ke Selangor ada kaitan dengan isu peribadi yang dihadapinya dan ini membuatkan beliau perlu pulang semula ke Eropah.

Cuma, pemergian Marcote adalah sukar untuk diterima oleh penyokong Selangor kerana dia dilihat sebagai gandingan baik buat Cheng Hoe dan antara pemangkin kejayaan Gergasi Merah layak ke Asia.

Sejak bergandingan di Kedah Darul Aman FC, gandingan Cheng Hoe-Marcote sudah terserlah hinggakan Sang Kenari berjaya memenangi Liga Premier 2015 dan Piala Malaysia 2016. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram