Keputusan TMJ potong bajet JDT ujian kesetiaan penyokong


  • Podium
  • Isnin, 08 Jan 2024

JDT akan kurangkan perbelanjaan untuk jaga kewangan kelab pada musim depan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

SEPERTI yang diketahui ramai, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan jagoan dalam bola sepak moden Malaysia.

Persembahan cemerlang JDT saban musim telah membolehkan mereka untuk mencabar kejuaraan hinggakan berjaya memenangi Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut.

Selepas berjaya mencatatkan rekod yang sukar dicabar itu, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata perbelanjaan Harimau Selatan pada musim 2024/2025 akan dipotong sebanyak 40 peratus.

Ia bertujuan TMJ mahu memastikan kewangan JDT akan sentiasa terjaga selepas berbelanja sakan selama sedekad.

410527552_929031985259445_7920050569201046063_n

TMJ (kiri) akan kurang berbelanja pada musim depan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Keputusan tersebut nyata menimbulkan rasa kerisauan dalam kalangan penyokong JDT yang berasakan kelab itu akan mula dipintas lawan mereka di Liga Super. Masa itu, kesetiaan penyokong akan mula teruji.

“Akan ada masa nanti JDT jatuh, masa itu kita akan lihat siapakah penyokong sebenar atau pun lalang,” kata penyokong bernama Zuhairi Ayie.

“Akan ada masa JDT akan jatuh. Tapi semangat jangan jatuh. Kita sentiasa ada bila JDT di atas. Tapi kalau tak boleh nak ada waktu JDT tersungkur, jangan beriya nak borak pasal bola Johor,” ujar Shazri Shah pula.

BACA LAGI: Dikaitkan ke Sabah, ramai pangkah nama bekas wira JDT sertai skuad Badak

Walaupun begitu, masih ada penyokong yang yakin dengan perancangan TMJ terhadap JDT.

Ada yang berpendapat JDT akan tetap teguh walaupun terpaksa potong bajet tetapi kekuatan pasukan masih berada di tahap terbaik.

“Percayalah dengan TMJ, JDT tak akan jatuh, pasti akan ada kejutan nanti, kata penyokong bernama Mahat Muden.

“Jangan risau, TMJ sentiasa buat kejutan untuk penyokong JDT. TMJ tak akan biarkan JDT jatuh,” tegas Edi Rupni pula.

“Nak naikkan pemain tempatan yang baru dari skuad JDTII memang patut kena buat rombakan besar-besaran. Sampai bila nak guna pemain luar yang gajinya memang besar? Gunakan pemain import di bahagian kritikal sahaja,” komen Razuan Shah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram