Lepas Piala Asia 2024, Al-Mardi, 2 rakan senegara boleh mantapkan kelab Liga Super


  • Podium
  • Selasa, 09 Jan 2024

Yazan Al-Naimat antara penyerang meningkat naik yang boleh dipertimbangkan Selangor. — Agensi

DALAM masa beberapa hari saja, Malaysia akan turun bertemu Jordan untuk aksi Piala Asia 2023 di Qatar.

Dengan prospek untuk mara ke pusingan seterusnya bermula di sini, anak-anak buah Kim Pan-gon perlu menewaskan Jordan untuk membesarkan peluang mereka.

Jordan mungkin bukanlah sebuah pasukan utama Eropah, tetapi mereka lazimnya mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan boleh dibawa ke Malaysia untuk memeriahkan liga kita.

Pasukan seperti Selangor FC misalnya mempunyai pemain import dari negara tersebut seperti Noor Al-Rawabdeh dan Yazan al-Arab yang kini tidak bersama mereka.

Mereka masih boleh menjadikan Jordan sebagai destinasi untuk menguatkan barisan Gergasi Merah menjelang musim baharu Liga Super. Selain Selangor, Sabah FC turut boleh masuk 'line' bagi membina semula skuad sedia ada.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan merungkai tiga nama yang pencari bakat Selangor dan Sabah boleh fokuskan dalam pasukan Jordan di Piala Asia kelak:

1. Mohammad Abu Hasheesh

Abu Hasheesh merupakan pemain pertahanan yang boleh diburu oleh Selangor dan Sabah jika mereka mahu menguatkan posisi tersebut.

Berusia 29 tahun, pemain pertahanan kiri tersebut merupakan pemain kelab Al-Ahed, sebuah kelab divisyen satu di Lebanon.

Pertahanan tersebut mempunyai pengalaman beraksi di Asia apabila mewakili kelabnya di Piala AFC sambil telah melakukan 11 penampilan liga sambil menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol.

corr_323_koo_323063

Abu Hasheesh cukup ampuh beraksi di pertahanan kiri. — Agensi

Dinilaikan pada RM1.78 juta, ia merupakan satu harga yang boleh ditampung oleh Selangor dan Sabah. Jika berjaya mendapatkan Abu Hasheesh, Selangor dapat menambah pilihan di pertahanan kiri yang kini dikuasai Fazly Mazlan.

Sementara Sabah boleh membina semula pertahanan kiri mereka selepas dilaporkan kehilangan beberapa tonggak akibat tamatnya musim 2023.

2. Mahmoud Al-Mardi

Nama yang tidak asing lagi di Liga Super terutamanya dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman FC, Al-Mardi adalah salah seorang pemain yang berbaloi dibawa semula ke Malaysia.

Kini beraksi dengan Al-Hussein SC di Jordan, Al-Mardi merupakan pemain yang boleh membantu barisan serangan dengan kreativitinya.

293793509_468453128449376_2260887985343839950_n-1000x746

Al-Mardi pernah bermain untuk Kedah Darul Aman. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

Walaupun Al-Mardi lazimnya beraksi di sayap kiri, tetap dia turut kompeten bermain di sayap kanan serta pemain tengah menyerang (attacking midfielder).

Dinilaikan sama dengan Hasheesh, jika Al-Mardi dibawa oleh Selangor dan Sabah, ia akan pasti akan menambah sengat di bahagian serangan. Sabah mungkin tidak memerlukannya kerana serangan mereka sudah cukup baik oleh itu Selangor lebih perlu membawa Al-Mardi kembali ke Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Selangor kekal dengan Alvin Fortes, tak jadi pancing 'striker' Turkiye

3. Yazan Al-Naimat

Jika seorang penyerang yang dicari, nama Yazan Al-Naimat mungkin boleh dipertimbangkan oleh Gergasi Merah dan skuad Badak.

Berusia 24 tahun, Al-Naimat beraksi untuk Al-Ahli SC di liga utama Qatar. Pemain tersebut mempunyai rekod baik sebagai penyerang setakat ini.

sjhffvuxyjveangihup0

Yazan beraksi di Qatar Stars League bersama-sama Al-Ahli SC. — AFC

Hal ini kerana, Al-Naimat mempunyai rekod G/A (goal & assist) sebanyak 10 dalam 11 perlawanan liga yang membawa empat jaringan dan enam bantuan jaringan untuk Al-Ahli SC.

Selain itu, penyerang itu juga boleh bermain di kedua-dua bahagian sayap iaitu kiri dan kanan dengan baik.

Dinilaikan pada harga RM3 juta. Al-Naimat boleh dijadikan sebagai calon pengganti Ayron del Valle buat Selangor. Dengan usianya masih muda, jika dibangunkan bakatnya dengan baik, dia mampu menjadi pemain handalan Asia pada masa depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram