'Naik jemu dah', ramai mula terbuka hati jika Hidalgo sah ke JDT


  • Podium
  • Selasa, 09 Jan 2024

Hidalgo dikatakan hampir meninggalkan skuad Sang Kenari selepas satu musim yang cukup produktif. — Facebook/KDA FC

STATISTIK menakjubkan serta gaya permainan menakjubkan sepanjang musim membuatkan nilai penyerang sayap Argentina, Manuel Hidalgo kian mencanak ketika ini.

Berdasarkan khabar angin, dua gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC berminat untuk mendapatkan khidmatnya dengan segera.

Namun, melihat kepada kejayaan tahun-tahun kebelakangan ini, pemain berusia 24 tahun tersebut pastinya lebih cenderung untuk menyertai skuad Harimau Selatan.

Lambakan import Argentina, termasuk dalam bidang pengurusan kelab juga dilihat akan mempengaruhi keputusannya sekiranya dia memilih untuk meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Kehilangan Hidalgo pastinya membawa kegusaran terhadap penyokong Hijau Kuning apabila pemain bertubuh kecil itu menjadi watak penting buat skuad Sang Kenari musim lalu.

2256100

Hidalgo memainkan peranan penting dalam membantu skuad Sang Kenari musim ini. Facebook/KDA FC

Dalam 24 penampilan Liga Super yang direkodkannya, bekas pemain Sheffield Wednesday itu mencatatkan 10 bantuan jaringan selain menjaringkan tiga gol peribadi.

Sumbangan tersebut cukup penting kerana ia membantu KDA FC menduduki tangga keempat Liga Super meskipun berada dalam satu musim yang dipengaruhi isu luar padang.

Jadi, kehilangan pemain berkenaan dikhuatiri akan menjejaskan lagi peluang mereka bersaing musim depan dengan dia memikul peranan cukup penting dalam bahagian serangan.

BACA LAGI: Pilih setia di Kedah tapi isu gaji boleh buat Hidalgo cari angin baharu musim depan

Bagaimanapun, sebahagian penyokong mula bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Hidalgo kerana berasakan sukar untuknya menolak peluang beraksi bersama JDT.

"Kedah tak perlu pinjam pemain yang berpindah ke pasukan lain, nampak macam tiada intergriti sahaja. Pasukan lain, biar lah!" kata Ishak Ibnu Batuta.

JDT’s Fernando Martin Forestieri celebrates after beating Selangor’s goalkeeper Mohd Khairulazhan Mohd Khalid for the fourth score during the Super League match at Petaling Jaya Stadium last night. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Hidalgo dilabel sebagai pengganti jangka masa panjang kepada Forestieri.

"Tak perlu diambil semula, biarkan sahaja duduk di JDT. Nanti, apabila tidak dapat bermain, biarkanlah dia jadi biawak hidup di JDT," kata Iman Qilla.

"Dah berapa lama aku dengar khabar angin ni, naik jemu dah. Biarlah kalau dia nak pergi, nak tahan pun nak buat apa?" soal Haziq Farid.

Sekiranya Hidalgo sah menyertai JDT, pemain itu boleh diletakkan sebagai pengganti kepada bekas tonggak pasukan, Fernando Forestieri yang baru sahaja meninggalkan pasukan terbabit.

Tetapi, hasrat juara Liga Super itu untuk mendapatkannya boleh dianggap tidak mudah kerana dia difahamkan masih mempunyai kontrak setahun bersama KDA FC.

Bagaimanapun, struktur kewangan kelab pastinya tidak akan menutup peluang berkenaan meskipun mereka menyatakan hasrat untuk mengurangkan perbelanjaan musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram