SEBUT sahaja nama Dominic Tan, sudah pasti penyokong tanah air akan mengingat kembali kesilapan yang pernah dilakukan oleh pertahanan Sabah FC itu apabila diberi peluang beraksi bersama Harimau Malaya.
Sebelum ini, Dominic menjadi tumpuan dan sebutan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air di sebalik kekalahan skuad kebangsaan kepada Tajikistan ketika aksi final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, berbeza cerita di bumi Qatar, meskipun sudah meraih keputusan positif dalam aksi persahabatan berdepan Syria yang berlangsung pada awal pagi Selasa, nama tonggak pertahanan Sabah FC itu menjadi bualan ramai malah terus dipersalahkan.
Dominic (tengah) terus menjadi bualan peminat tanah air selepas dianggap menjadi punca seri di bumi Qatar. — Facebook/FAM
Dalam aksi persahabatan berdepan Syria, Dominic sekali lagi dianggap punca benteng pertahanan skuad kebangsaan itu goyah kerana dibolosi sebanyak dua kali hanya berselang empat minit.
Keputusan seri 2-2 di bumi Qatar itu membuatkan ramai penyokong meletakkan kesalahan kepada tonggak Sabah itu.
"Patutlah dua gol dalam masa empat minit, boleh agak siapa punca," kata Malik Arjuna.
"Patut kena comeback dua gol dalam masa empat minit saja, rupanya king Dom sudah datang," kata Awangku Ayaaz Ayaaz.
"King Dom is comeback, patutlah Malaysia kena dua gol, tak serik lagi ke?," kata Muhd Adzam.
Bagaimanapun, tampil membela pemain pertahanan negara tersebut, terdapat salah seorang penyokong Selangor berasakan kekalahan itu tidak sepatutnya ditanggung oleh Dominic sendiri.
"Kim Pan-gon bukan tak cerdik, kalau prestasi Dom tidak baik, tak kan dia balik-balik wakil Malaysia, Dom bukan seorang saja lawan Syria di padang, diorang semua berpasukan," kata Menuel Welnna.
"Silap-silap yang suka mengecam tu, tendang bola pun belum tentu pandai, tahu cakap saja," kata Ryan Rex Azroy Azroy.
"Abaikan saja la komen macam ni, dorang ni bukan betul-betuk fans tapi orang yang suka timbulkan provokasi," kata Mohammad Adzmi Singka.
Selepas ini, Malaysia akan membuka kempen Kumpula E Piala Asia 2023 di Qatar berdepan Jordan pada 15 Januari sebelum bertemu Baharain dan Korea Selatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram