[VIDEO] Bintang JDT tersenarai antara pemain pertahanan tumpuan Piala Asia 2023


  • Podium
  • Isnin, 08 Jan 2024

JDT merekodkan kejuaraan menjuarai Liga Super kali ke-10 musim ini. — Facebook/JDT

PERTAHANAN Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat Maas bakal melakukan penampilan sulung dalam kejohanan Piala Asia Qatar 2023 bersama Indonesia selepas menukar kerakyatan daripada Sepanyol pada 2022.

Jordi Amat musim ini banyak dilantik menjadi kapten skuad Harimau Selatan disebabkan kapasitinya yang mempunyai banyak pengalaman beraksi dalam liga-liga tertinggi di Eropah.

Bukan sahaja menjadi perhatian dalam Liga Malaysia (Liga M), pemain berusia 31 tahun itu juga mendapat tumpuan menjelang aksi pembukaan Piala Asia yang akan bermula pada 13 Januari nanti.

BACA LAGI: [VIDEO] Selangor kekal dengan Alvin Fortes, tak jadi pancing 'striker' Turkiye

Menerusi poster yang dimuat naik oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam Instagram meletakkan Jordi bersama-bersama bintang Bayern Munich, Kim Min-jae dan beberapa pemain lain lagi.

Selain Min-jae, pemain kacukan Sweden-Thailand, Elias Dolah juga diletakkan dalam poster itu bersama-sama pertahanan kebangsaan Jepun dan Qatar.

WhatsApp Image 2024-01-08 at 4.18.35 PM

Jordi Amat diletakkan bersama-sama pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae.

Sebelum ini, Jordi Amat mendapat kritikan daripada penyokong Indonesia selepas dua daripada kesilapannya antara punca Sang Garuda dibelasah 0-4 oleh Libya dalam satu aksi persahabatan di Antalya, Turkiye baru-baru ini.

Jordi Amat melakukan dua kesilapan yang menyebabkan gawang gol Indonesia dibolosi pada minit ke-58 dan 92 permainan sekali gus menjadikannya keputusan 0-4.

Sejak menyertai JDT pada 2022, Jordi Amat berjaya tampil dalam 39 perlawanan dan menjaringkan satu gol serta lima 'assist'.

Bekas pemain pertahanan Swansea City itu telah menjuarai kesemua kejohanan yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia dan membantu JDT merekodkan kejuaraan selama sedekad.

Indonesia bakal memulakan kempen Piala Asia 2023 dalam Kumpulan D dengan menentang Iraq pada 15 Januari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram