"KITA sebagai orang Malaysia, haruslah mengangkat 'team' (pasukan) kita dahulu."
Itulah luahan seorang penyokong, Aie Aziz dalam Facebook selepas melihat ramai penyokong Asia lebih cenderung untuk mengeluarkan duit yang banyak bagi menyokong kelab England.
Individu itu mengingatkan agar rakyat Malaysia haruslah menyokong kelab daerah atau negeri masing-masing dan mengambil bola sepak Eropah sebagai hiburan sahaja.
Posting yang dimuat naik oleh Aie Aziz dalam Facebook.
"Bagi 'David' (nama Hong Kong), dia dah keluar beribu-ribu 'pound sterling', dia rasa terpaling Liverpool dah lah itu.
"Dia ingat 'Mat Saleh' akan 'respect' (hormat) dia bila keluar duit? Typical 'David'.
"Padahal 'Mat Saleh' hairan, kenapa orang Asia sanggup keluar beribu-ribu 'Pound Sterling' untuk pasukan yang bukan tempat dia.
"Sedangkan dia ada 'team' bola dekat tempat sendiri," katanya dalam Facebook.
BACA LAGI: Bakal sertai Sri Pahang FC, tonggak tengah Penang FC ucap selamat tinggal
Tambahnya lagi, walaupun suasana bola sepak Malaysia tidak setanding dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi adakah taraf divisyen bawahan England itu setaraf aksi kelab utama EPL.
"Tak kisah pasukan kita teruk atau rasuah, tugas kita ialah untuk sokong.
"Kalau kau cakap team negeri-negeri dalam Malaysia ini main tak 'best'.
"Habis kau ingat kenapa team liga bawahan macam Yeovil Town, Leyton Orient, Scunthorpe United, Exeter City masih ramai penyokong?
"Kau ingat kelab-kelab itu main sedap macam Liverpool, Arsenal dan Manchester City?" soalnya.
Aie Aziz turut memberi teguran kepada penyokong yang berbangga dengan mafla yang mempunyai corak atau nama kedua-dua pasukan kerana dia menyifatkan tindakan itu sebagai 'lalang'.
"Lagi satu, tolong jangan bangga dengan mafla sebelah-sebelah (contoh Liverpool vs Arsenal, mafla sebelah Liverpool, sebelah Arsenal).
"Nampak sangat 'tourist fans' dan 'terms tourist fans' ini biasanya untuk 'lalang' atau orang yang tak tahu apa-apa.
"'Stand up for your local team'," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram