MENJELANG musim baharu Liga Super, pelbagai pasukan sedang rancak untuk melakukan persiapan supaya mereka tampil garang untuk memburu kejuaraan.
Akan tetapi, nada berbeza yang ditampilkan oleh penyandang juara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dikatakan memotong bajet pasukan sebanyak 40 peratus musim depan.
Pemotongan bajet tersebut adalah disebabkan JDT mahu kekal lestari dalam kewangan mereka untuk tahun-tahun mendatang.
Oleh itu, mereka telah membuat keputusan untuk melepaskan sekumpulan pemain termasuklah bintang import mereka iaitu Fernando Forestieri dan Leandro Velazquez.
Leandro cukup cemerlang sepanjang khidmatnya bersama JDT. — Agensi
Dengan Forestieri dilihat tidak akan meneruskan aksinya di Malaysia, Leandro dijangka terus kekal bermain di Liga Super dengan destinasinya ke Borneo.
Pemain dari Argentina itu disebut-sebut akan terbang ke Borneo untuk menyertai Sabah FC bagi menguatkan cabaran skuad Badak musim depan.
Namun begitu, kehadirannya seolah-olah tidak diterima baik oleh penyokong Sabah kerana statusnya yang dianggap sebagai 'budak nakal' ketika beraksi.
BACA LAGI: Tak sampai 24 jam keluar JDT, Leandro Velazquez kini 'laku keras'
Mungkin kerana pernah tersakiti dengan persembahan Leandro sewaktu mewakili JDT, ada yang tidak mahu dia menyarung jersi merah kebanggaan Sabah.
Hal ini kerana, Leandro dikatakan sering berlakon untuk mendapatkan simpati para pengadil ketika bermain. Tambahan pula, ada yang tidak mahu kerana dia sekarang sedang mengalami kecederaan.
“Selalu kuat berlakon ni. Asal kena sikit je terus menggelupur macam nak mati. Nah sekarang dah cedera betul-betul baru dia tahu,” kata penyokong bernama Raimond Moijin Mond.
“Boleh tahan juga dia ni, selalu ambil watak jahat berlakon dengan Jackie Chan,” ujar Christ Ann.
“Buat apa ambil pemain cedera habis duit saja bayar gaji. Lainlah kalau dia tak cedera boleh dipertimbangkan lagi,” komen Nong Ridzman.
Walaupun ada yang tidak senang dengan kehadiran Leandro, tetapi masih terdapat pendirian menerima pemain tersebut ke Stadium Likas musim depan.
“Sabah FC kasi atur dia,” kata penyokong bernama Jamadi Js.
“Kalau Sabah FC boleh dapat dia ni memang ngam betul,” komen Andryan Ling pula.
“Walaupun dia cedera tapi takkan pulih kembali, dia tetap terbaik,” ujar Victor Yinsing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram