Ada terima tawaran lain, tapi anak jati Kelantan pilih kekal dengan Tok Gajah


  • Podium
  • Selasa, 09 Jan 2024

Skuad Tok Gajah bakal berwajah baharu musim depan selepas membuat rombakan besar-besaran. — Facebook/Sri Pahang FC

PENGHUJUNG Disember lalu, Sri Pahang FC mengikuti jejak beberapa pasukan Liga Super apabila mengumumkan beberapa pemain tidak akan dikekalkan untuk musim depan.

Antara nama yang tersenarai ialah penyerang import Brazil, Lucas Silva dan bek tengah, Muslim Ahmad yang kurang diberi peluang dalam skuad senior kendalian Fandi Ahmad.

Keputusan itu sememangnya disokong rata-rata pengikut setia pasukan Pantai Timur tersebut yang berasakan pemain dilepaskan kurang membawa impak seperti mana diharapkan.

Bagaimanapun, persoalan turut diluahkan apabila terdapat segelintir penyokong berasakan terdapat kemungkinan ada nama lain yang akan dilepaskan skuad Tok Gajah.

Bek kiri pasukan, Azwan Aripin merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal meninggalkan skuad Tok Gajah kerana prestasi tidak menentu sepanjang musim lalu.

WhatsApp_Image_2023-12-29_at_18.45.43_1703853673

Skuad Tok Gajah melepaskan kira-kira 10 pemain untuk musim akan datang. Facebook/Sri Pahang FC

Meskipun meraih 24 penampilan dalam Liga Super, anak jati Tumpat, Kelantan itu dikatakan kerap melakukan kesilapan sehingga menyebabkan gawang pasukan dibolosi.

Selain itu, persaingan di posisi berkenaan boleh menjadi faktor utama yang membolehkannya meninggalkan Sri Pahang FC dalam masa terdekat.

BACA LAGI: Bukan sahaja JDT, Sri Pahang turut dianggap mahu berjimat tapi 2 'lord' masih kekal

Tetapi, khabar angin itu segera dipadam Azwan yang menyatakan masa depannya masih kekal bersama skuad Tok Gajah seperti mana dikongsikan kepada wartawan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam.

""Saya masih kekal, saya ada baki kontrak setahun lagi. Apa pun saya memang nak kekal bersama Sri Pahang lagi," katanya.

Isu kecederaan dan prestasi tidak menentu menyaksikan skuad Tok Gajah tergelincir ke kedudukan kelima Liga Super meskipun beberapa minggu menduduki kelompok tiga pasukan teratas.

398383909_707944334700934_5124677723543948881_n

Azwan masih kekal bersama Sri Pahang FC untuk musim 2024/25. Facebook/Sri Pahang FC

Bagaimanapun, kedudukan tersebut masih dianggap lebih baik berbanding sebelum ini kerana ia merupakan musim pertama Fandi diberikan kepercayaan sebagai pengendali pasukan.

Dalam pada itu, Azwan turut menjelaskan bahawa dia turut ditawarkan kontrak beberapa pasukan lain, namun memilih untuk kekal bersama Sri Pahang FC.

"Ada beberapa pasukan mula bertanya tapi ada baki kontrak bersama Sri Pahang, saya hormat. Saya mahu kekal di Pahang," jelasnya.

Azwan menyertai skuad Tok Gajah pada 2022 dengan pemain berusia 27 tahun berkenaan pernah beraksi bersama Kelantan FC dan Penang FC sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram