Bukan sahaja JDT, Sri Pahang turut dianggap mahu berjimat tapi 2 'lord' masih kekal


  • Podium
  • Jumaat, 29 Dis 2023

Michael Glassock antara yang digugurkan Sri Pahang musim depan. — Facebook/Sripahangfc

BARU-BARU ini, kancah bola sepak tanah air dikejutkan dengan berita yang kurang gembira selepas beberapa tonggak Johor Darul Takzim (JDT) disahkan meninggalkan pasukan tersebut untuk musim depan.

Malah tidak sampai seminggu, Sri Pahang FC turut mengucapkan selamat tinggal kepada 10 pemain yang digugurkan musim depan.

Perkara itu disahkan benar menerusi satu hantaran di laman rasmi Facebook, Sri Pahang FC yang mengumumkan perpisahan kepada pemain yang sudah menabur bakti bersama kelab tersebut.

"Sri Pahang FC merakamkan ucapan terima kasih kepada 10 pemain yang tidak lagi akan bersama kelab bagi mengharungi Liga Malaysia 2024.

"Komitmen, dedikasi dan keringat yang dicurahkan Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva, Sherzod Fayziev, Nicholas Swirad, Muslim Ahmad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat, Wan Syazmin dan Shahrul Nizam sepanjang menyarung jersi Tok Gajah, serta impak positif yang dibawa kepada kelab akan sentiasa dihargai dan dikenang.

"Terima kasih, semoga terus berjaya bersama pasukan baru," katanya di Facebook.

Baqi

Biarpun mendapat kecaman, namun Baqi (kanan) tetap diberi peluang untuk berada dalam senarai kesebelasan utama Sri Pahang. — MFL

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, ramai berpendapat bahawa skuad Tok Gajah itu juga mahu mengikuti jejak kelab yang berpangkalan di Harimau Selatan itu untuk berjimat dalam perbelanjaan musim depan.

"Inilah langkah penjimatan yang ditunggu-tunggu, ingat JDT saja yang reti berjimat, kita pun nak juga," kata Mohd Sharafuddin.

"Antara langkah berjimat juga ni untuk musim depan," kata Amiza Asrafovic Punker.

"Nampak gaya Sri Pahang lebih jimat 80 peratus daripada JDT next season ni," kata Al-Ahmad Muhammad.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa penyokong tidak berpuas hati apabila dua nama masih dikekalkan dalam perancangan Tok Gajah musim depan iaitu Baqiuddin Shamsudin dan Ashar Al Aafiz.

"Lord Baqi dan Lord Ashar terus kekal, memang hebat permainan mereka," kata Syafiq Zulkefli.

"Legenda 13 tak boleh disentuh, mantap pengurusan," kata Mohd Amien.

"Legenda Baqi dan (nombor jersi) 13 is kekal, mantap, ikat sampai 2029, player terbaik," kata Faizal Abdul Latiff.

Jika melihat kepada prestasi semasa pemain tersebut, kedua-dua mereka kurang berjaya menampilkan aksi persembahan yang memukau sepanjang diberi peluang beraksi bersama Tok Gajah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram