LIVERPOOL menepati ralaman ramai apabila mudah menyingkirkan Arsenal daripada saingan Piala FA apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pusingan keempat di Stadium Emirates, London pada awal pagi Isnin.
Setelah terikat tanpa sebarang jaringan selepas 80 minit berlangsung, asakan bertubi-tubi dilancarkan skuad The Reds dalam usaha melangkah ke peringkat seterusnya.
Usaha mereka membuahkan hasil apabila pada minit ke-85, sepakan percuma bek kanan pasukan pelawat, Trent Alexander-Arnold mengenai Jakub Kiwior yang kemudiannya menyaksikan bola memasuki gawang Arsenal.
Meskipun sudah memperolehi kelebihan, serangan anak-anak buah Jurgen Klopp tidak diperlahankan kerana mereka sememangnya mahu mara sejauh mungkin dalam kejohanan tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Penyerang Man.United beremosi selepas jaring gol sulung EPL
Percubaan demi percubaan Liverpool membuahkan hasil selepas mereka sekali lagi menembusi gawang tuan rumah menerusi tendangan deras Luis Diaz yang menewaskan penjaga gol, Aaron Ramsdale.
Absolutely creasing at Konate ripping that fans cap off and chucking it away pic.twitter.com/j0O75quojo
— Fisted Away (@fistedaway) January 7, 2024
Jaringan tersebut kemudiannya diraikan pemain Liverpool yang sememangnya yakin bahawa gol pada masa kecederaan berkenaan akan membawa mereka ke pusingan seterusnya.
Sedang pemain skuad The Kop gembira menyambutnya, kelihatan seorang penyokong turun dari tempat duduknya sebelum bersama-sama merasai keterujaan berkenaan.
Lebih menarik lagi, rakaman mendapati penyerang Liverpool, Darwin Nunez dengan sengaja menepuk kepala lelaki tersebut dengan niat meraikan jaringan penting itu.
Tindakan pemain antarabangsa Uruguay itu turut disertai bek The Reds, Ibrahima Konate yang mencabutkan topi penyokong terbabit sebelum dilemparkan secara rambang.
Individu berkenaan kemudiannya ditarik pihak pengawal stadium bagi membolehkan pemain Liverpool meraikan kejayaan menempah tiket ke peringkat seterusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram