[VIDEO] Penyerang Man.United beremosi selepas jaring gol sulung EPL


  • Podium
  • Khamis, 28 Dis 2023

Hojlund tidak dapat menahan kegembiraan menjaringkan gol debut EPL bersama United. — Agensi

RASMUS Hojlund menyifatkan dirinya sebagai 'manusia paling gembira di dunia' selepas menjaringkan gol pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk membolehkan Manchester United bangkit melakar kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa.

Penyerang itu yang dibawa masuk dengan yuran perpindahan bernilai lebih RM300 juta dari Atalanta pada musim panas, memastikan kemenangan pada minit ke-82 pada penampilan ke-15 di liga utama.

Aston Villa berada di landasan untuk menyamakan kedudukan dengan mata dengan Liverpool di puncak liga berikutan mendahului dua gol menerusi John McGinn dan Leander Dendoncker sebelum dua gol Alejandro Garnacho menyamakan kedudukan buat tuan rumah.

Jaringan penting Hojlund, itu terhasil selepas lima gol yang dicetak dalam sainga Liga Juara-Juara (UCL), ternyata melegakan seketika tekanan buat pengurus, Erik ten Hag, ketika dia meraikan kemenangan pertama sejak pelaburan Sir Jim Ratcliffe ke dalam kelab disahkan.

“Sudah saya lama tunggu namun saya cukup gembira.

“Saya adalah manusia paling gembira buat masa ini anda dapat melihatnya ketika kami meraikan gol itu. Kami kekal yakin dan membuktikan perwatakan kami sekali lagi hari ini (Rabu),” kata pemain berusia 20 tahun itu kepada Amazon Prime.

United gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan dalam semua pertandingan dan sekali lagi kelihatan berdepan perlawanan tanpa kemenangan sebelum mereka melakar kemenangan yang penuh menakjubkan di Old Trafford. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram