[VIDEO] Selain Park Hang-seo, Hamidin pernah 'scout' 2 individu ternama latih Harimau Malaya sebelum Pan-gon


  • Podium
  • Sabtu, 06 Jan 2024

FAM pernah hampir melantik Batistuta untuk mengendalikan skuad kebangsaan.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui yang dia sentiasa kagum dengan cara kerja dihasilkan oleh jurulatih kebangsaan iaitu Kim Pan-gon.

Menurut Hamidin, Pan-gon merupakan seorang jurulatih yang begitu teliti dalam kerjanya dan itu menjadikan penyebab kenapa Harimau Malaya begitu ampuh ketika ini.

Bercakap dalam rancangan Bola Itu Life terbitan Astro Arena, Hamidin mendedahkan Pan-gon begitu komited terhadap kerjayanya membimbing Harimau Malaya dan itu boleh dilihat sewaktu kem latihan skuad kebangsaan diadakan.

"Dia kalau dalam kem latihan, dia boleh bekerja selama 24 jam bersama-sama staf kejurulatihannya yang lain. Boleh tanya E. Elavarasan, pukul 3, 4 pagi habis. Pagi esok bangun, sambung.

"Selain daripada uruskan latihan, dia dan semua staf teknikal akan duduk sama-sama menganalisis. Kerana pada saya, kekuatan Pan-gon terletak kepada kajiannya terhadap pasukan lawan," kata Hamidin dalam program itu.

Namun adakah anda tahu, sebelum Pan-gon, Hamidin telah membuat kerja rumah untuk melantik pengganti Tan Cheng Hoe selepas dia meletakkan jawatan pada Januari 2022.

Dalam rancangan itu Hamidin mendedahkan tiga individu yang pernah ditemu bual olehnya untuk menjawat jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya:

BACA LAGI: Poster ini buatkan saya terfikir — K. Rajagobal

1. Gabriel Omar Batistuta

Legenda bola sepak Argentina, Gabriel Omar Batistuta antara individu yang hampir dilantik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menggalas tanggungjawab membimbing Harimau Malaya.

Batistuta tidak mempunyai pengalaman menjadi jurulatih bagi mana-mana pasukan atau negara di dunia ini.

Batistuta

Gabriel Omar Batistuta.

Tetapi bekas penyerang Argentina itu pernah dilantik menjadi pasukan koordinator buat kelab CA Colon pada 2012 sehingga 2013.

Batistuta mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa pasukan ternama Eropah seperti AS Roma, Inter Milan, AFC Fiorentina di Liga Itali sebelum bersara di Qatar dengan Al-Arabi SC pada 2005.

2. Park Hang-seo

Skuad kebangsaan pernah hampir dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih skuad senior Vietnam, Park Hang-seo selepas Cheng Hoe meninggalkan pasukan.

"Untuk pengetahuan anda, Hang-seo memang hampir nak datang. Ini saya berikan (eksklusif) buat rancangan ini. Memang dia nak datang dan pernah adakan temu duga bersama saya.

"Ketika itu dia masih bersama Vietnam dan dia sanggup tebus kontrak kerana dia berminat untuk melatih pemain negara. Ia kerana dia minat dengan pemain seperti Corbin Ong dan Sumareh seperti mana disebut dalam sesi temu duga," katanya.

Sepanjang enam tahun mengendalikan negara berkenaan, Hang-seo membawa pelbagai kenangan manis buat mereka, termasuk membantu mereka menjuarai Piala AFF 2018.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, jurulatih berusia 66 tahun terbabit memilih untuk tidak menyambung kontraknya dengan dia kini berstatus ejen bebas.

BACA LAGI: [VIDEO] YB Baddrol Bakhtiar minta maaf kepada 'Mr Photographer' gara-gara tendangan tersasar

3. Pengendali Al-Hilal

Dalam program sama, Hamidin juga menyebut salah seorang jurulatih yang pernah menarik minatnya adalah pengendali Al-Hilal yang pernah membawa pasukan itu menjadi naib juara Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Namun presiden FAM itu tidak menjelaskan dengan secara terperinci siapakah individu tersebut.

Majoriti menyenaraikan beberapa jurulatih yang pernah melatih Al-Hilal sekitar 2019 sehingga 2022 iaitu semasa tempoh sebelum Pan-gon dilantik menjadi ketua jurulatih.

Antara jurulatih yang melatih Al-Hilal pada 2019 sehingga 2022 adalah:

1. Zoran Mamic (Croatia)

2. Pericles Chamusca (Brazil)

3. Razvan Lucescu (Romania)

4. Rogerio Micale (Brazil)

5. Jose Morais (Portugal)

6. Leonardo Jardim (Portugal)

7. Ramon Diaz (Argentina) Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram