Pertaruhan berbaloi, keputusan Kedah sambar penyerang tak dikenali 9 tahun lalu bawa hasil lumayan


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jan 2024

Carlos Kahe (atas, kiri) mempamerkan kualitinya meskipun tidak diberikan masa cukup untuk menyesuaikan diri. — Facebook/Kedah FA

KETIKA ini, Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam usaha memperkuatkan jentera serangan untuk musim depan dengan penyerang utama mereka, Ifedayo Olusegun dijangka tidak akan dikekalkan.

Pihak pengurusan pastinya tidak mahu membuat keputusan terburu-buru kerana dikhuatiri hanya akan menjadikan struktur pasukan goyah sekiranya pertukaran dibuat semasa musim sedang berjalan.

Jadi, dalam memastikan penyerang yang disambar mempunyai kualiti diperlukan, skuad Sang Kenari pastinya perlu menilai seorang pemain secara teliti.

Bagaimanapun, pasukan Utara tanah air itu pernah berdepan situasi yang mendesak mereka supaya membawa masuk rekrut baharu tanpa membuat penilaian secara mendalam.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Chidi Edeh, Kedah membuat keputusan menyambar penyerang kelahiran Brazil, Carlos Eduardo de Souza atau lebih dikenali sebagai Carlos Kahe.

11154724_952997118066099_5774532391893337111_o

Chidi Edeh tidak dikekalkan meskipun beraksi dengan cemerlang buat skuad Sang Kenari. Facebook/Kedah FA

Pemain yang pernah berkelana dalam beberapa liga seluruh dunia, termasuk di Jerman bersama Borussia Monchengladbach dibawa masuk dalam musim kepulangan skuad Sang Kenari ke dalam Liga Super.

Namun, kegusaran dirasai penyokong Hijau Kuning apabila penyerang tersebut disambar pada penghujung jendela perpindahan dengan dia hanya mempunyai kira-kira tempoh sebulan untuk menyesuaikan diri.

Perkara tersebut turut diakui pengendali pasukan ketika itu, Tan Cheng Hoe yang menyatakan Kahe dibawa masuk selepas namanya disebut-sebut seorang lagi import Kedah, Sandro da Silva.

Bagaimanapun, kepercayaan diberikan kepadanya boleh dianggap sebagai satu pelaburan apabila penyerang itu tampil sebagai penjaring terbanyak pasukan pada pertengahan musim.

carlos.kahe_

Carlos Kahe tidak perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

BACA LAGI: Demi misi ke ACL, Kedah pernah pilih sambar awang import Sang Penyu

Empat gol dalam Liga Super serta empat lagi yang dijaringkannya dalam Piala FA meletakkan pasukan terbabit cukup digeruni meskipun baru sahaja beraksi di divisyen kedua semusim lalu.

Tetapi, perubahan pada jendela perpindahan kedua menyaksikan Kahe dilepaskan skuad Sang Kenari yang turut membawa masuk seorang lagi penyerang Brazil, Bruno Lopes.

Meskipun hanya menabur khidmat untuk tempoh yang pendek, penyokong Hijau Kuning pasti tidak dapat melupakan khidmat penyerang yang pernah membawa mereka ke tahap berbeza pada musim 2016 itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram