Bekas tonggak Gergasi Merah antara senjata rahsia Jordan gagalkan rancangan Pan-gon


  • Podium
  • Khamis, 04 Jan 2024

Stuart Wilkin (kanan) antara pemain yang dilihat akan membantu bahagian tengah Harimau Malaya dalam melakukan serangan mahupun mengekang lawan. — Facebook/FAM

EMPAT pemain kebangsaan Jordan, Yazan Al-Arab, Noor Al-Rawabdeh, Fadi Awad dan Mahmoud Al Mardi boleh menjadi ancaman buat Harimau Malaya menjelang aksi pertama Kumpulan E saingan Piala Asia 2023.

Harimau Malaya yang berada di ranking ke-130 boleh meningkatkan peluang mereka dengan meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan menentang Jordan dalam kumpulan E.

Meskipun Jordan berada di ranking ke-87, namun pasukan itu juga dilihat bergelut musim lalu di mana mereka gagal mencatat satu kemenangan dan tewas enam perlawanan berturut-turut di bawah kendalian jurulatih kelahiran Maghribi, Hussein Ammouta.

WhatsApp Image 2024-01-04 at 12.07.56

Yazan (kiri) antara senjata rahsia yang pastinya akan membantu Jordan membenam Harimau Malaya aksi Piala Asia nanti. — Instagram/yazanalarab5

Bagaimanapun, Jordan pastinya akan berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan impian Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan Ammouta kini bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman empat pemain yang pernah beraksi dalam Liga Super.

BACA LAGI: 'Kena lawan, jangan beri mereka terlalu banyak ruang'

Untuk rekod, Yazan dan Al-Rawabdeh beraksi cemerlang bersama Selangor sepanjang dua musim.

Meskipun kontrak Yazan ditamatkan pada Oktober lalu susulan tindakan ganasnya terhadap pengadil yang mana dia turut dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Yazan pernah bergelar tonggak utama Gergasi Merah sepanjang berkhidmat bersama kelab tersebut.

Sementara itu, Al-Rawabdeh pula beraksi cemerlang sebagai pemain tengah dan telah membantu Selangor meraih gelaran naib juara Liga Super 2023 dan layak ke Liga Juara-Juara AFC (ACL2) musim depan.

Pastinya, kedua-duanya pemain Gergasi Merah itu boleh membantu mengubah corak permainan sekali gus keputusan positif memihak kepada Jordan.

Di samping itu, Fadi merupakan tonggak utama PDRM FC manakala Mahmoud tampil beraksi untuk Kedah Darul Aman (KDA) FC tahun lepas. Kedua-duanya juga mempunyai pengetahuan yang baik tentang pemain Malaysia dan akan cuba menafikan pasukan Harimau Malaya daripada mencuri tiga mata.

Malaysia akan berdepan Syria dalam aksi persahabatan pada 8 Januari sebagai sebahagian daripada persiapan terakhir mereka untuk kejohanan tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram