LATIHAN ketika off season adalah fasa penting dalam setiap sukan tidak terkecuali bola sepak.
Inisiatif tersebut pastinya membantu para atlet atau pemain bola sepak agar lebih bersedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
Turut tidak mahu ketinggalan, prospek muda berkualiti, Danial Amier antara pemain yang dilihat terus berdisiplin dalam mengekalkan kecergasan meskipun Liga Malaysia (Liga M) belum membuka tirai.
Kehebatan pemain tengah JDT itu pernah menjadi sebutan apabila dia berada dalam senarai pemain Harimau Malaya (HM) musim 2019.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran di Instagram, Danial Amier Norhisham yang juga merupakan pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu dilihat berlatih dengan bersungguh-sungguh bersama Amir Safuan.
BACA LAGI: Asyik jejak rumput training, fans doakan hijrah 'kaki kaca' JDT garang bersama skuad Harimau Kumbang
Meskipun Liga M musim 2024 belum membuka tirai, Danial bagaimanapun lebih bersedia ke depan dengan mengadakan sesi latihan tersebut secara peribadi.
Bagaimanapun, latihan peribadi tersebut turut menimbulkan spekulasi bahawa Danial akan meninggalkan skuad Harimau Selatan musim depan.
Ia berikutan selepas terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Danial akan berhijrah ke pasukan yang berpangkalan di Utara tanah air iaitu Penang FC musim depan.
Khabar angin tersebut timbul apabila pemain berusia 26 tahun itu gagal melakukan sebarang penampilan untuk skuad utama JDT.
Pastinya kehadiran Danial ke skuad Harimau Kumbang akan membantu pemain berketinggian 1.75 meter itu menonjolkan bakatnya.
Meskipun begitu, belum ada sebarang pengumuman sekiranya Danial dilepaskan secara pinjaman atau tetap.
Untuk rekod, Danial merupakan salah sebuh prospek muda hangat yang disambar JDT selepas cemerlang bersama-sama Felda United satu ketika dulu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram