Asyik jejak rumput training, fans doakan hijrah 'kaki kaca' JDT garang bersama skuad Harimau Kumbang


  • Podium
  • Isnin, 25 Dis 2023

Danial Amier dikatakan bakal meninggalkan JDT untuk menyertai Penang. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

TIDAK menjadi sesuatu yang janggal apabila terdapat seorang pemain yang berkualiti tinggi, pasti akan cuba disambar oleh Johor Darul Takzim (JDT).

JDT seperti yang diketahui umum, merupakan kelab yang menghimpunkan pelbagai nama-nama bintang dalam bola sepak tempatan. Bukan setakat pemain yang dianggap sudah 'siap', tetapi mereka turut mendambakan prospek muda berkualiti tinggi yang mampu menjulang Harimau Selatan di masa depan.

Salah sebuah nama yang pernah disambar oleh JDT adalah Danial Amier. Danial merupakan salah sebuh prospek muda hangat yang disambar JDT selepas cemerlang bersama-sama Felda United satu ketika dulu.

Tetapi, entah di mana silapnya, Danial tidak berjaya untuk menepati potensi dan harapan yang diletakkan pada bahunya hinggakan pemain tersebut gagal melakukan sebarang penampilan untuk skuad utama JDT.

WhatsApp-Image-2020-12-22-at-2.54.51-PM

Danial (tengah) menyertai JDT dari Felda United. — Agensi

Ada yang mengatakan semuanya berpunca daripada masalah kecederaan yang dialaminya. Kecederaan yang dialami oleh Danial telah membuatkan pemain tersebut ibarat 'kaca' dan sukar untuk mencapai potensi sebenarnya.

Kini, Danial dikatakan akan meninggalkan Harimau Selatan dengan dia akan menyertai Penang FC pada musim depan.

Melihat perkhabaran tersebut, penyokong JDT rata-ratanya gembira melihat Danial akhirnya berpeluang menonjolkan bakatnya walaupun tidak bersama-sama Harimau Selatan.

"Beli tapi jarang-jarang bagi dia beraksi, sayang," kata penyokong bernama Azim Anom.

"Baguslah untuk karier beliau, pasti bersinar dengan pasukan baharu nanti. Antara prospek negara yang hilang ketika puncaknya," ujar Norhaizudeendeen Deen.

"Kasihan dia ni. Tak pernah diturunkan. Sayang bakat yang ada. Bagus juga berhijrah ke tempat lain," komen Bestfriend For Ever pula.

Apa yang dialami oleh Danial ketika ini adalah kerana pemain tersebut menjadi mangsa kepada hala tuju JDT untuk 'meremajakan' pasukan.

Oleh kerana JDT mahu pasukan dibarisi ramai pemain muda, Danial terpaksa disisihkan.

"JDT tengah meremajakan pasukan. Nampak Liga Juara-Juara AFC (ACL) fokus kepada pemain import semua kerana kuota tanpa had. Pemain tempatan diambil untuk fokus kepada Liga M. Mungkin pemain JDT II ada penambahan pemain naik ke JDT. Daryl Sham antara pemain yang 'sedap'," kata akaun bernama Cikgu Saham.

Danial sebelum ini beraksi untuk Felda United dengan dia berakar umbi daripada sistem pembangunan pemain yang dilakukan oleh Frenz United. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram