Bayangan line-up Harimau Malaya di Qatar sudah dicanang-canang


  • Podium
  • Khamis, 04 Jan 2024

Sebahagian sesi latihan skuad kendalian Pan-gon menjelang kempen Piala Asia Qatar. — Facebook/FAM

SKUAD Harimau Malaya akan membuka kempen Piala Asia 2023 di Qatar dalam Kumpulan E berdepan Jordan sebelum menentang Bahrain dan Korea Selatan.

Meskipun begitu, pasukan kebangsaan yang tiba pada Isnin lalu di Doha akan terlebih dahulu beradu tenaga dalam aksi persahabatan berdepan Syria yang diadakan pada 8 Januari sebelum sepak mula kempen Piala Asia 15 Januari nanti.

Skuad kendalian Kim Pan-gon selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya nampaknya cukup bersedia untuk menghadapi kempen Piala Asia berikutan dibarisi oleh pemain-pemain yang cukup berkualiti untuk membawa maruah Malaysia ke pentas Asia.

Antara nama yang pastinya tidak asing dalam skuad utama kendalian Pan-gon ialah penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi, Dion Cools, Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Darren Lok dan Akhyar Rashid.

WhatsApp Image 2024-01-04 at 08.28.56

Kelincahan Arif Aiman (tiga dari kiri) pastinya ditagih untuk membantu Harimau Malaya melakar sejarah aksi Piala Asia nanti. — Facebook/FAM

Tambahan pula, skuad kendalian Pan-gon itu turut diperkuat dengan beberapa nama pemain naturalisasi seperti Natxo Insa, Paulo Josue serta bintang baharu iaitu Romel Morales.

BACA LAGI: Skuad 26 pemain Malaysia dapat lampu hijau penyokong, tapi kelibat Syafiq Ahmad masih jadi kerinduan

Dalam pada itu, menjelang perlawanan tersebut, salah seorang penyokong di Facebook, Dominic Toretto yang tidak ketinggalan untuk memberi bayangan kesebelasan utama pasukan kebangsaan di Qatar nanti.

"Starting 11 Harimau Malaya, Ahmad Syihan, Dion Cools, Khuzaimi Piee, Matt Davies, Corbin Ong, Stuart Wilkin, Afiq Fazail, Endrick dos Santos, Faisal Halim, Darren Lok dan Arif Aiman," tulisnya di Facebook.

Jika melihat kepada kesebelasan utama tersebut, pastinya skuad kebangsaan mempunyai peluang untuk meraih kemenangan dalam tiga perlawanan kempen Piala Asia nanti.

Untuk rekod, Malaysia diundi bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan dalam Kumpulan E pada saingan yang akan membuka tirainya secara rasmi pada 12 Januari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram