Pemain Kedah patah hidung, retak dagu lepas terlibat kemalangan motosikal


  • Podium
  • Selasa, 02 Jan 2024

Kemalangan berkenaan dikongsikan pasukan Utara tanah air itu di media sosial rasmi kelab. — Facebook/KDA FC

PEMAIN Kedah Darul Aman (KDA) FC, Amirul Hisyam Awang Kechik dilaporkan mengalami kecederaan berikutan kemalangan jalan raya dialaminya pada Isnin.

"Amirul Hisyam terlibat dalam kemalangan petang Isnin ketika menunggang motosikal yang mengakibatkan hidungnya patah dan turut mengalami keretakan bahagian dagu.

"Warga KDA FC mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sabar menghadapi ujian ini," kata kelab tersebut dalam satu kenyataan.

415014350_405072971873886_1012594108567387175_n

Baca Lagi: 'Terima kasih keluarga KDA FC', khabarnya bek Sang Kenari sudah 'terbang' ke Bumi Kenyalang

Amirul Hisyam merupakan pemain penting buat skuad Sang Kenari setelah menyertai pasukan senior mereka pada 2016 setelah menyertai pasukan itu dari Harimau Muda B.

Kehadirannya dalam KDA FC boleh dianggap cukup penting dalam membantu memberikan kestabilan pasukan kendalian Nafuzi Zain dalam saingan peringkat domestik.

Sekiranya kecederaan dialaminya sembuh dengan segera, kemungkinan besar dia akan memainkan peranan penting dalam misi pasukan mempamerkan prestasi lebih baik musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram