NAMA penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad mencuri tumpuan penyokong tanah air selepas dijangka menabur khidmat bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC musim depan.
Keputusan tersebut diambil berikutan kesukaran pemain berusia 28 tahun itu untuk mendapatkan minit permainan bersama Johor Darul Takzim (JDT) ketika ini.
Meskipun begitu, belum ada pengumuman rasmi yang dibuat oleh kedua-dua pihak setakat ini manakah destinasi yang akan dipilih olehnya.
Enggan letak harapan tinggi, Sang Kenari perlu mencari pengganti yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai penyerang sekiranya Syafiq tidak dipinjamkan.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang sesuai untuk berada dalam skuad kendalian Nafuzi Zain.
1. Shahrel Fikri
Penyerang Negeri Sembilan FC (NSFC), Shahrel Fikri antara yang sesuai berada dalam skuad Sang Kenari musim depan.
Hal ini kerana, ketajamannya di depan pintu gawang akan membantu menyelesaikan isu jentera serangan KDA FC.
Memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Liga Super kategori pemain tempatan 2020 sekali gus dilihat akan membantu Sang Kenari menghuni tiga terbaik saingan Liga Super musim depan.
Ketajaman Shahrel di depan pintu gawang akan membantu menyelesaikan isu jentera serangan KDA FC. — Instagram/shahrelfikri10
Sepanjang bersama skuad Jang, Shahrel sudah mencetak enam gol dan dua assists selepas 16 perlawanan diturunkan musim ini.
Sudah pasti pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) akan membantu skuad Sang Kenari mencipta rekod musim depan.
2. Danial Asri
Penyerang muda Selangor FC, Danial Asri antara nama yang sesuai untuk menggantikan Syafiq Ahmad sekiranya tidak dipinjamkan ke KDA FC.
Memiliki usia yang muda, kehadiran Danial ke skuad Sang Kenari dilihat akan membantu jentera serangan.
Danial memiliki kelebihan untuk beraksi sebagai pemain sayap yang mampu mengucar-ngacirkan pihak lawan. — Agensi
Bukan itu sahaja, Danial memiliki kelebihan untuk beraksi sebagai pemain sayap yang mampu mengucar-ngacirkan pihak lawan.
Meskipun hanya diturunkan sebanyak 10 kali dalam perlawanan Liga M, Danial bagaimanapun merekodkan satu jaringan ketika berdepan Kuching City FC pada 2 Mac lalu.
Sang Kenari mempunyai peluang untuk menyambar pemain berketinggian 1.75 meter itu berikutan kontraknya bersama Gergasi Merah bakal berakhir pada 30 November 2023.
3. Haqimi Azim Rosli
Penyerang muda Kuala Lumpur (KL) City FC, Hakimi Azim Rosli juga merupakan calon sesuai menggantikan Syafiq.
Hal ini kerana, Hakimi dilihat mampu menggalas tugas sebagai seorang penyerang muda yang berkualiti.
Kelincahannya mengelecek pihak lawan pastinya mampu membantu skuad KDA FC. — Instagram/qimirosli
Berketinggian 1.84 meter antara kelebihan yang dimiliki oleh Haqimi sebagai seorang penyerang.
Sepanjang beraksi bersama skuad The City Boys, Haqimi mencetak satu gol dan satu assists selepas 16 perlawanan liga berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram