Didakwa 'demand' tinggi dengan TFC, fans Sang Kenari pula risau Kedah tak mampu sara Habib Haroon


  • Podium
  • Ahad, 31 Dis 2023

Habib merupakan antara watak penting membawa skuad Penyu ke pentas akhir Piala FA pada 2022 dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023. — Facebook/TFC

KEPUTUSAN ketua pasukan Terengganu FC (TFC), Habib Haroon meninggalkan pasukan berkenaan pada musim depan jelas mengecewakan penyokong skuad Sang Penyu lagi-lagi pemain itu merupakan watak utama di bahagian tengah pasukan.

Pemergian Habib dari pasukan Pantai Timur itu difahamkan berpunca daripada permintaan gaji yang tinggi sehingga pihak pengurusan tidak dapat merealisasikan keinginan pemain kelahiran Bahrain berkenaan.

Perkara berkenaan didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas yang mana menyatakan langkah penjimatan membuatkan skuad Sang Penyu terpaksa mengetepikan Habib pada musim dekan.

Mohd Sabri turut mendakwa bahawa pemain sayap import, Sony Norde juga meminta jumlah gaji yang agak tinggi sehingga pihak pengurusan terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyambung khidmatnya.

“Namun kita terpaksa mengetepikannya daripada pasukan pada musim depan kerana kita tidak mampu untuk membayar gaji yang dimintanya biarpun kita masih berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

"Ini kerana pada musim depan kita akan mengamalkan langkah penjimatan dalam perbelanjaan bagi memastikan perjalanan pasukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah terutama berkaitan gaji pemain," katanya memetik laporan Berita Harian.

WhatsApp Image 2023-12-31 at 10.35.19

Habib dan Sony difahamkan minta gaji untuk saingan musim depan. — Facebook/TFC

Bukan hanya penyokong Terengganu terkejut dengan permintaan dua pemain import itu, malah, sebahagian pengikut Kedah Darul Aman (KDA) FC juga tersentak dengan kenyataan dari Mohd Sabri berikutan Habib sebelum ini dikaitkan dengan Sang Kenari.

Khabar angin berkenaan turut disambut baik oleh penyokong Hijau Kuning kerana ramai beranggapan Habib adalah calon sesuai untuk menggantikan pemain tengah, Amirbek Juraboev yang sudah meninggalkan KDA FC.

Namun, masalah gaji Kedah di musim 2023 menyebabkan penyokong banyak membuat refleksi agar tidak sakan berbelanja seperti membawa pemain import mahal namun akhirnya akan menjadi barah dalam pasukan.

“Kalau Terengganu tidak sanggup, apatah lagi Kedah yang banyak masalah. Tidak jadilah nampaknya,” kata penyokong tanah air, jejaka Malaya.

“Mesti demand punya pemain ini,” tambah seorang penyokong, Shahrufin Sahak.

Terdahulu, pemilik pasukan KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengesahkan bahawa mereka berhadapan masalah kewangan yang menyebabkan bayaran gaji pemain, jurulatih dan pegawai pasukan tertunggak sekitar Ogos lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram