Hampir pasti angkat kaki, 3 kelab patut sambar 'mesin gol' The Rhinos


  • Podium
  • Khamis, 14 Dis 2023

Ramon Machado merupakan antara penyerang berkualiti dimiliki pasukan The Rhinos musim ini. — Facebook/SabahFC

SUDAH menjadi kelaziman buat setiap pasukan liga tempatan untuk mencari barisan pemain baharu bagi meneruskan cabaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan yang bakal bermula tidak lama lagi.

Meskipun musim ini baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lalu, media sosial kini hangat dengan desas desus perpindahan pemain yang bakal berhijrah ke pasukan lain yang nyata cukup menarik untuk dinantikan peminat bola sepak tanah air.

Paling hangat dalam kalangan perbualan penyokong ketika ini adalah berhubung hala tuju penyerang import Sabah FC, Ramon Machado yang dikhabarkan akan berhijrah ke pasukan lain pada saingan musim depan.

Menerusi laman penyokong bola sepak tanah air, Malayantigersfans menyatakan bahawa tonggak import itu berkemungkinan tidak akan menyambung perjuangan bersama The Rhinos sekiranya tiada sepakatan mengenai kontrak antara mereka dengan pihak pengurusan Sabah FC.

"Difahamkan Sabah sedang berunding untuk kekalkan Ramon Machado untuk musim baharu, di mana kontraknya bakal tamat 31 Disember 2023 ini.

"Namun sekiranya tiada kata sepakat tercapai, kemungkinan Machado bakal beralih angin baharu," tulis laman Facebook berkenaan.

2433959

Machado membantu serangan Sabah FC dengan mencetak 12 jaringan gol dalam semua pertandingan Sabah FC. — Facebook/SabahFC

Meskipun khabar berita itu masih belum disahkan oleh pasukan berkenaan, namun peminat sudah mula menyuarakan keinginan untuk menyaksikan penyerang kelahiran Brazil itu menyarung jersi kelab lain yang dikatakan lebih sesuai buat pemain tersebut.

Berikut merupakan empat pasukan terbaik yang mungkin sesuai menjadi destinasi peledak sensasi Sabah itu.

Baca juga: Beri bayangan tinggalkan JDT, anak jati Sabah jadi rebutan 2 kelab tempatan

Selangor FC

Muncul selaku pencabar terkuat Johor Darul Takzim (JDT) pada musim ini, skuad Gergasi Merah antara destinasi wajib bagi Ramon Machado meneruskan karier bola sepaknya di saingan Liga M.

Ditambah pula dengan kehadiran peledak import Selangor Ayron del Valle, ia pastinya menjadi satu perkara menarik sekiranya Tan Cheng Hoe mencuba gandingan duo di barisan hadapan bersama pemain Sabah itu.

Mampu menjaringkan gol dari luar kotak penalti, ia pastinya akan mengisi kekosongan jentera serangan Selangor yang ketika ini terlampau bergantung kepada import Colombia tersebut selain lorongan Faisal Halim yang juga kerap kali gagal dibaca baik penyerang sedia ada.

Sri Pahang FC

Kemasukannya ke skuad Tok Gajah dilihat mampu menggantikan import Rafael Silva yang dikatakan semakin di penghujung prestasi pada musim ini.

Ditambah pula dengan usianya yang bakal menginjak ke angka 34 musim depan, ia sekali gus meresahkan peminat yang mahukan perubahan di posisi tersebut.

2302322

Rafael Silva (kanan) gagal mempamerkan peningkatan bersama skuad Tok Gajah pada musim ini. — Facebook/SriPahangFC

Prestasi dipamerkan juga dikatakan kurang menepati capaian yang disasarkan penyokong selepas hanya memperoleh tujuh penampilan dan tiga gol bersama Pahang pada musim ini.

Kehadiran Ramon Machado ke skuad Tok Gajah mampu mengisi kekosongan tersebut yang pastinya lebih sesuai sekiranya digandingkan bersama Kpah Sherman di barisan hadapan.

Kedah FC

Skuad Sang Kenari pada musim ini berdepan dengan krisis peledak importnya, Ifedayo Olusegun yang dikatakan tidak konsisten dalam setiap perlawanan diturunkan.

Aksinya yang kadang kala tumpul dan lemah di bahagian serangan, semakin sukar untuk dipercayai peminat sekali gus mula meragui kedudukannya dalam kelab tersebut pada musim depan.

Maka, Ramon Machado menjadi antara individu yang layak menggantikan tempatnya dan tidak salah sekiranya Nafuzi Zain meletakkan import berketinggian 1.80 meter itu sebagai pemain nombor sembilan di belakang Kpah Sherman.

Perak FC

Magis Yusri Che Lah bersama Perak mampu berterusan sekiranya Sang Seladang membawa masuk pemain import baharu yang berkualiti.

Perak yang ketika ini dibarisi ramai pemain muda, perlu sekurang-kurangnya memiliki seorang ataupun dua import yang mampu menjadi peledak utama pasukan itu.

yusri-che-lah

Yusri Che Lah (tengah) berjaya menyelamatkan maruah Perak daripada tergolong di kedudukan ketiga tercorot liga musim ini. — Facebook/PerakFC

Sebagai tunjang utama di bahagian serangan, ciri-ciri seorang peledak berkualiti dilihat ada pada Roman Machado yang setakat ini berjaya memperoleh lapan gol daripada sembilan penampilannya dalam saingan musim ini..

Juga boleh berperanan sebagai pemain di posisi sayap kanan dan kiri, Yusri Che Lah mempunyai pelbagai percaturan untuk menurunkannya dengan peranan berbeza. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram