
PASUKAN dari Asia Tengah, Uzbekistan mencipta kejutan dalam saingan Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) Indonesia apabila berjaya menyingkirkan England di peringkat 16 pasukan pada Rabu.
Mereka yang sebelum ini hanya menduduki tempat ketiga Kumpulan B diundi untuk berdepan pasukan dari Eropah tersebut yang pernah muncul juara dua edisi lalu.
Bagaimanapun, ia tidak melunturkan semangat Uzbekistan apabila mereka berada di depan seawal minit keempat menerusi jaringan Amirbek Saidov dalam aksi di Stadium Antarabangsa Jakarta, Indonesia.
Kedudukan kemudiannya terikat apabila Joel Tshisanga Ndala menjaringkan gol 10 minit sebelum babak pertama ditamatkan untuk membuka peluang buat mereka.
Namun, kegembiraan mereka tidak berkekalan apabila lawan mereka sekali lagi mendapatkan kelebihan dengan kali ini giliran Lazizbek Mirzaev menempa nama dalam senarai penjaring.
Kemenangan 2-1 sudah cukup buat Uzbekistan untuk terus mara dalam Piala Dunia B-17 di Indonesia. — Agensi
Keampuhan benteng pertahanan Uzbekistan menyaksikan anak-anak buah Greg Lincoln bergelut untuk mendapatkan jaringan penyamaan walaupun beberapa percubaan dibuat.
Kedudukan kekal sehingga penghujung permainan dengan Uzbekistan dilihat akan membuat kejutan dengan melayakkan diri ke peringkat suku akhir buat kali kedua dalam sejarah mereka.
Namun, pencapaian tersebut tidak akan hadir dengan buah fikiran ketua jurulatih, Jamoliddin Rakhmatullaev membuatkan permainan sedikit tertangguh pada masa kecederaan.
Bola yang ketika itu terkeluar daripada permainan selepas terkena penyerang mereka dilihat jatuh berhampiran pengendali kelahiran Uzbekistan berkenaan.
Jurulatih Uzbekistan, Jamoliddin Rakhmatullev bertindak menendang bola untuk melengahkan aksi Piala Dunia B-17 antara pasukannya dan England.
Uzbekistan meraih kemenangan penting untuk menempah slot ke suku akhir pertandingan.
Kredit: @thisGRAEME pic.twitter.com/bRrzg6evj6
— Majoriti (@majoritionline) November 22, 2023
Tanpa berfikir panjang, Jamoliddin kemudiannya bertindak menendang bola itu supaya menyukarkan pemain England untuk membuat lontaran ke dalam dengan segera.
Tindakannya itu menyaksikan pengadil perlawanan, Selvin Brown melayangkan kad merah terhadap pengadil berkenaan dengan alasan sengaja mengganggu permainan.
Bagaimanapun, Jamoliddin tidak begitu kecewa atas keputusan tersebut apabila Uzbekistan meraikan kemenangan mereka dalam perlawanan getir itu.
Mereka selepas ini bakal berdepan Perancis dalam perlawanan suku akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Manahan, Indonesia pada Sabtu ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram