SEBAGAI tanda solidariti ke atas Palestin, penjaga gol nasional Maghribi, Yassine Bounou membuat panggilan telefon terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak.
Peminat cilik itu mengimpikan untuk menjadi penjaga gol namun hasratnya terbantut selepas dia kehilangan kakinya akibat serangan udara rejim Zionis.
Minggu lalu, cerita mengenai kanak-kanak lelaki bernama Assef itu tular dalam media sosial selepas dia menceritakan tentang cita-citanya dan menyatakan amat meminati Bounou kepada seorang wartawan Palestin, Hani Abu Rizq.
"Saya sanggup berlari walaupun hanya memilik satu kaki, saya amat meminati beliau (Bounou)," katanya sambil tersenyum bercakap mengenai bola sepak.
طفل من غزه بُِترت قدمه يتحدث عن ياسين بونو pic.twitter.com/SxLyixDyfc
— رنيـم (@T11r4) November 20, 2023
Baru-baru ini, Hani Abu Rizq berkongsi video peminat cilik itu sedang bercakap dengan idolanya, yang mana juga merupakan penjaga gol kelab Arab Saudi, Al-Hilal.
"Saya sayangkan awak, awak adalah contoh terbaik saya. Cita-cita saya adalah untuk berjumpa awak. Pasukan kebangsaan Maghribi sangat baik," kata Assef kepada Bounou dalam satu panggilan telefon.
Malah bekas bintang La Liga itu juga berjanji akan berjumpa Assef secepat yang mungkin.
Anak muda itu turut berkesempatan untuk bercakap dengan penyerang kelab Greece, Olympiacos Piraeus iaitu Ayoub El Kaabi yang kini bersama-sama Bounou dalam kem kebangsaan Maghribi.
Tersentuh dengan layanan Bounou, Assef tidak dapat menyembunyikan perasaannya selepas mengalirkan air mata.
Morocco’s goalkeeper Yassine Bonou facetimed Asef, a kid from Gaza whose leg got amputated by an Israeli airstrike.
This beautiful kid's ambition was to become a goalie like him.
Don’t forget the children in Gaza have dreams too. pic.twitter.com/VXgPLYeSt7
— Leyla Hamed (@leylahamed) November 20, 2023
Tindakan yang dilakukan Bounou itu mendapat pujian daripada seluruh dunia yang mana secara tidak langsung dia menunjukkan tanda solidariti ke atas rakyat Palestin dan mengutuk tindakan pembunuhan beramai-ramai rejim Zionis.
Sebelum ini, beberapa bintang Maghribi seperti Nasser Mazraoui (FC Bayern Munich), Hakim Ziyech (Galatasaray Istanbul), Zakaria Aboukhlal (FC Toulouse), and Abdelhamid Sabiri (Al-Fayha FC) turut menyatakan solidariti ke atas Palestin walaupun ada yang meletakkan risiko tinggi ke atas karier mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram